Gol tercantik milik siapa?

Sinar Harian
September 4, 2018 07:51 MYT
Jaringan gunting Cristiano Ronaldo antara yang tersenarai dalam anugerah Puskas tahun ini. -Foto Sinar Harian
FEDERASI Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengumumkan senarai 10 jaringan terbaik yang tercalon dalam Anugerah Puskas 2018.
Antara gol cantik yang dicalonkan kali ini ialah gol libasan gunting oleh Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo ketika bersama Real Madrid selain turut tercalon gol cantik Mohamed Salah ketika membantu Liverpool menewaskan Everton musim lalu.
Selain itu, gol-gol cantik di Piala Dunia turut disenaraikan dengan gol Lionel Messi tersenarai ketika menjaringkan gol membantu Argentina menewaskan Nigeria, begitu juga Benjamin Pavard (Perancis) dan Ricardo Quaresma (Portugal) yang menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti.
FIFA menjelaskan bahawa anugerah ini merupakan anugerah kategori bebas di mana pencalonan adalah terbuka tanpa mengira kejohanan, gender dan negara.
Bagaimanapun, pencalonan gol yang dihantar mestilah dijaringkan atas kualiti teknikal bukannya kerana nasib ataupun kesilapan untuk menyokong 'Fair Play'.
Pemenang anugerah ini nanti akan diumumkan pada 24 September 2018, di malam gala FIFA dan undian untuk anugerah ini sudah pun dibuka.
Untuk rekod, Anugerah Puskas 2017 yang lalu telah dimenangi Olivier Giroud yang menjaringkan gol ala kala jengking ketika masih menyaring jersi Arsenal.
SENARAI PENUH ANUGERAH PUSKAS
1. Gareth Bale (Real Madrid)
2. Denis Cheryshev (Rusia)
3. Lazaros Christodoulopoulos (AEK Athens)
4. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)
5. Giorgian De Arrascaeta (Cruzeiro)
6. Riley McGree (Newcastle Jets)
7. Lionel Messi (Argentina)
8. Benjamin Pavard (Perancis)
9. Ricardo Quaresma (Portugal)
10. Mohamed Salah (Liverpool)
#Anugerah Puskas 2018 #Benjamin Pavard #Cristiano Ronaldo #FIFA #Gareth Bale #Lionel Messi #Mohamed Salah #penjaring terbaik #Piala Dunia