[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
SPORTS

Gordon tambah perit buat Man United

Astro Arena 10/04/2022 | 01:15 MYT
Aksi Anthony Gordon meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan EPL antara Everton dan Manchester United di Goodison Park, Liverpool, England, 9 April 2022. (Foto AP)
ANTHONY Gordon menjaringkan gol tunggalkan buat Everton mengatasi Manchester United dalam kemenangan 1-0 di Goodison Park.
The Toffees memperoleh suntikan untuk mengelak daripada penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) hasil jaringan yang disempurnakan dalam separuh masa pertama susulan merekodkan kemenangan berturut-turut buat pertama kali sejak September.
Everton kini berkelebihan empat mata daripada zon penyingkiran selepas meraih kemenangan ketiga daripada 10 perlawanan liga di bawah kendalian Frank Lampard, yang di bawah tekanan berikutan kekalahan 3-2 kepada Burnley Rabu lalu.
#Anthony Gordon #penyingkiran #EPL #Manchester United