SUKAN
GP F1 Hungary: Norris juara di Hungaroring, McLaren raih kemenangan 1-2
Lando Norris muncul juara Grand Prix Hungary 2025, mengetepikan rakan sepasukan Oscar Piastri dalam perlumbaan sengit. - Stadium Astro
LITAR Hungaroring sekali lagi menyajikan drama Formula 1 apabila Lando Norris muncul juara Grand Prix Hungary 2025, mengetepikan rakan sepasukan Oscar Piastri dalam perlumbaan sengit yang menyaksikan McLaren meraih kemenangan 1-2 buat kali kedua berturut-turut musim ini.
Ringkasan AI
Lebih 300,000 peminat membanjiri venue perlumbaan yang kini tampil dengan wajah baharu selepas naik taraf besar-besaran pada kompleks pit dan grandstand. Cuaca panas kering dengan suhu mencecah 33°C menjadi satu lagi cabaran buat jentera dan pemandu.
Perlumbaan dimulakan dengan Charles Leclerc (Ferrari) di petak utama selepas sesi kelayakan cemerlang. Namun, dominasi Leclerc tidak bertahan lama apabila beliau mula kehilangan cengkaman tayar selepas pusingan ke-20.
Sebaliknya, McLaren memilih strategi lebih berani. Piastri dengan dua hentian, manakala Norris berjudi dengan satu hentian sahaja. Hasilnya, Norris membuat pit stop pada pusingan ke-31 dan keluar tepat di hadapan selepas pesaing utamanya masuk ke pit.
Piastri berusaha mengejar jarak lebih 12 saat dan berjaya mengurangkannya ke bawah satu saat dalam lima pusingan terakhir. Namun, kekurangan masa dan ruang memaksa beliau akur di tempat kedua, hanya 0.698 saat di belakang Norris. Di tempat ketiga, George Russell (Mercedes) mempamerkan aksi konsisten untuk meraih podium, menewaskan Leclerc yang berakhir di tempat keempat.
Lewis Hamilton tidak menunjukkan taringnya yang bermula di luar sepuluh terbaik dan menamatkan perlumbaan di tangga ke-12. Begitu juga Max Verstappen, yang terus bergelut musim ini dan gagal mencabar kelompok depan. Fernando Alonso, sebaliknya, membawa pulang mata penting buat Aston Martin dengan tempat kelima.
Dengan kemenangan ini, Lando Norris kini hanya 9 mata di belakang Oscar Piastri dalam kejuaraan pemandu. McLaren pula terus unggul dalam kedudukan pasukan, menambahkan lagi momentum positif menjelang rehat musim panas. Kemenangan ini juga mencatat sejarah sebagai kemenangan ke-200 McLaren dalam Formula 1. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Lando Norris juara GP Hungary 2025: Norris menewaskan rakan sepasukan Oscar Piastri dengan strategi satu hentian, membawa kemenangan ke-200 buat McLaren dalam Formula 1.
- Cuaca panas & strategi jadi penentu: Perlumbaan berlangsung dalam suhu 33C; Leclerc gagal pertahan kedudukan selepas kehilangan cengkaman tayar, manakala McLaren unggul dengan strategi pit berani.
- Kedudukan kejuaraan semakin sengit: Norris kini hanya 9 mata di belakang Piastri dalam kejuaraan pemandu; McLaren terus mendominasi kedudukan pasukan dengan empat kemenangan 1-2 berturut-turut.