SUKAN
Grand Prix 2025: PETRONAS Oasis angkat budaya Malaysia di mata dunia
Para peminat sukan permotoran bersorak penuh semangat ketika meraikan jaguh negara, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025. - Foto PETRONAS
SEPANG: Tenaga tanpa henti dan sorakan peminat kembali menghangatkan Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, Selangor sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Ringkasan AI
Namun, tahun ini tumpuan bukan sekadar pada aksi sengit di trek tetapi juga kepada kemeriahan di luar litar menerusi PETRONAS Oasis, zon interaktif yang menggabungkan elemen teknologi, budaya dan kelestarian dalam satu ruang penuh warna dan semangat kebudayaan Malaysia.
Berkonsepkan warisan Malaysia, PETRONAS Oasis menawarkan pengalaman interaktif untuk semua peringkat usia dengan pelbagai aktiviti menarik seperti VR Ride dengan dunia imersif seolah-olah menunggang di litar, AI Sketch Robot serta ruang khas Petrosains yang menginspirasikan kanak-kanak.
Suasana penuh keterujaan ini membuktikan komitmen PETRONAS dalam menghidupkan semangat Speedphoria di luar trek, sambil memperkenalkan nilai kelestarian dan keindahan warisan tempatan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
“Saya tidak pernah terlepas peluang untuk datang ke acara MotoGP ini, memang setiap tahun akan datang.
“Tiga tahun berturut-turut saya bawa keluarga dan apa yang kami selalu nantikan adalah perlumbaan sebab nak sokong pelumba Malaysia.
“Saya rasa momen yang terbaik yang PETRONAS sediakan di sini kita panggil PETRONAS Oasis, kita boleh bersama-sama keluarga dan momen paling seronok sebab tahun ini dia buat macam elemen klasik, ada momen kebudayaan kita lah,” kata salah seorang pengunjung, Mohd Sofian Shamsudin.
“Setiap tahun memang akan datang dengan keluarga sebab setiap tahun lain-lain konsep yang disediakan.
“Macam tahun ini pun permainan anak-anak lagi meriah dan berbeza, ada macam VR Ride dan Petrosains.
“Macam sebelum ni tak ada konsep kebudayaankan, jadi tahun ini, diterapkan konsep kebudayaan jadi kita boleh nampaklah kebudayaan Malaysia sambil tu pengunjung dari luar negara boleh tengok keunikan budaya kita.
“Kita pun boleh terapkan elemen ini dalam kalangan anak-anak sekali macam tadi ada macam-macam tarian daripada pelbagai kaum, jadi anak-anak pun boleh tengok,” ujar pengunjung, Rosfarhan Liyana Che Man.
Selain pelbagai aktiviti interaktif, pengunjung juga tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada dua jaguh negara, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman yang beraksi mewakili pasukan PETRONAS MIE Honda Racing.
Menambah lagi kemeriahan, tawaran istimewa daripada Mesra Rewards dan Setel turut menjadi tarikan utama di PETRONAS Oasis sekali gus menggamitkan lagi pengalaman di Grand Prix tahun ini yang merupakan platform berpaksikan semangat hubungan komuniti, budaya dan semangat sukan permotoran negara di mata dunia.
Ringkasan AI
- Kelajuan, tenaga tanpa henti dan sorakan peminat kembali menghangatkan Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang sempena PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 yang berlangsung sepanjang hujung minggu lalu.
- Namun, tahun ini tumpuan bukan sekadar pada aksi sengit di trek tetapi juga kepada kemeriahan di luar litar menerusi PETRONAS Oasis, zon interaktif yang menggabungkan elemen teknologi, budaya dan kelestarian dalam satu ruang penuh warna dan semangat kebudayaan Malaysia.
- Berkonsepkan warisan Malaysia, PETRONAS Oasis menawarkan pengalaman interaktif untuk semua peringkat usia dengan pelbagai aktiviti menarik seperti VR Ride dengan dunia imersif seolah-olah menunggang di litar, AI Sketch Robot serta ruang khas Petrosains yang menginspirasikan kanak-kanak.
Namun, tahun ini tumpuan bukan sekadar pada aksi sengit di trek tetapi juga kepada kemeriahan di luar litar menerusi PETRONAS Oasis, zon interaktif yang menggabungkan elemen teknologi, budaya dan kelestarian dalam satu ruang penuh warna dan semangat kebudayaan Malaysia.
Berkonsepkan warisan Malaysia, PETRONAS Oasis menawarkan pengalaman interaktif untuk semua peringkat usia dengan pelbagai aktiviti menarik seperti VR Ride dengan dunia imersif seolah-olah menunggang di litar, AI Sketch Robot serta ruang khas Petrosains yang menginspirasikan kanak-kanak.
Suasana penuh keterujaan ini membuktikan komitmen PETRONAS dalam menghidupkan semangat Speedphoria di luar trek, sambil memperkenalkan nilai kelestarian dan keindahan warisan tempatan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
“Saya tidak pernah terlepas peluang untuk datang ke acara MotoGP ini, memang setiap tahun akan datang.
“Tiga tahun berturut-turut saya bawa keluarga dan apa yang kami selalu nantikan adalah perlumbaan sebab nak sokong pelumba Malaysia.
“Saya rasa momen yang terbaik yang PETRONAS sediakan di sini kita panggil PETRONAS Oasis, kita boleh bersama-sama keluarga dan momen paling seronok sebab tahun ini dia buat macam elemen klasik, ada momen kebudayaan kita lah,” kata salah seorang pengunjung, Mohd Sofian Shamsudin.
“Setiap tahun memang akan datang dengan keluarga sebab setiap tahun lain-lain konsep yang disediakan.
“Macam tahun ini pun permainan anak-anak lagi meriah dan berbeza, ada macam VR Ride dan Petrosains.
“Macam sebelum ni tak ada konsep kebudayaankan, jadi tahun ini, diterapkan konsep kebudayaan jadi kita boleh nampaklah kebudayaan Malaysia sambil tu pengunjung dari luar negara boleh tengok keunikan budaya kita.
“Kita pun boleh terapkan elemen ini dalam kalangan anak-anak sekali macam tadi ada macam-macam tarian daripada pelbagai kaum, jadi anak-anak pun boleh tengok,” ujar pengunjung, Rosfarhan Liyana Che Man.
Selain pelbagai aktiviti interaktif, pengunjung juga tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada dua jaguh negara, Azroy Hakeem Anuar dan Helmi Azman yang beraksi mewakili pasukan PETRONAS MIE Honda Racing.
Menambah lagi kemeriahan, tawaran istimewa daripada Mesra Rewards dan Setel turut menjadi tarikan utama di PETRONAS Oasis sekali gus menggamitkan lagi pengalaman di Grand Prix tahun ini yang merupakan platform berpaksikan semangat hubungan komuniti, budaya dan semangat sukan permotoran negara di mata dunia.
#Petronas
#PETRONAS Oasis
#Grand Prix Malaysia 2025
#Petroasains
#Litar Antarabangsa Petronas Sepang