Grealish sumbang gol pertama bersama Three Lions

Astro Arena
Oktober 10, 2021 01:23 MYT
Reaksi Jack Grealish (kanan) selepas menjaringkan gol kelima pasukannya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia kumpulan I antara Andorra dan England di Stadium Nasional, Andorra la Vella, 9 Okt, 2021. (Foto AP)
JACK Grealish menjaringkan gol pertama di pentas antarabangsa ketika England merakamkan kemenangan 5-0 ke atas Andorra dalam kelayakan Piala Dunia Kumpulan I awal pagi tadi.
Gareth Southgate merombak kesebelasan utama ketika turun beraksi di Estadi Nacional tetapi mereka tidak berdepan masalah dengan Ben Chilwell membuka jaringan seawal minit ke-17.
Bukayo Saka menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa, manakala Tammy Abraham, James Ward-Prowse dan pemain gantian, Grealish melengkapkan kemenangan bergaya dalam separuh masa kedua.
Untuk rekod, ia kemenangan keenam dalam tujuh perlawanan bermakna England terus mendahului peringkat kumpulan manakala Andorra kekal di tangga kelima dengan tiga mata.

Next up for the #ThreeLions: Who's joining us back at @wembleystadium on Tuesday night?

— England (@England) October 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Jack Grealish #England #Andorra #kelayakan Piala Dunia