awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guardiola puji karakter Foden

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2024
04:31 MYT
Guardiola puji karakter Foden
Phil Foden meraikan kemenangan selepas tamat perlawanan EPL antara Brentford dan Manchester City di Stadium Gtech Community, London, 5 Feb 2024. (Foto AP)
JURULATIH Manchester City, Pep Guardiola memuji impak besar yang dicetuskan oleh penyerang sensasi, Phil Foden apabila meledak hatrik ketika membantu The Citizens membenam Brentford 3-1 awal pagi Selasa.
Kemenangan itu menyaksikan tiga pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) bersaingan sengit apabila dipisahkan dengan dua mata.
Guardiola turut menyifatkan edisi kali ini sebagai musim terbaik buat pemain muda berusia 23 tahun itu yang sudah meledak 14 gol setakat ini.
“Dia adalah pemain yang mampu menghidu peluang jaringan.
“Saya fikir dia bermain pada musim terbaiknya sejak bersama pasukan. Sumbangannya menerusi gol, bantuan jaringan dan bermain lebih ke tengah. Memang sukar dipercayai,” katanya.
Menerusi kemenangan itu The Citizens menghuni tangga kedua liga berkongsi 49 mata dengan Arsenal di tempat ketiga ketinggalan dua mata di belakang peneraju EPL, Liverpool.
Namun City mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan berbanding Liverpool dan Arsenal.
Dalam aksi itu, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi Neal Maupay pada minit ke-21, namun Foden menyamakan kedudukan buat City pada penghujung babak pertama.
Foden kemudian membuktikan bisanya apabila mengesahkan kemenangan The Citizens menerusi ledakan pada minit ke-53 dan 70.
Juara bertahan itu muncul pasukan EPL pertama menang empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan walaupun mereka terlebih dahulu ketinggalan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester City
#EPL
#Brentford
#Phil Foden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan