SUKAN

Guna persatuan bola sepak negeri untuk undi muka baharu FAM - Khairy

Nizam Bakeri 14/09/2016 | 03:23 MYT
Khairy mahu peminat guna persatuan bola sepak negeri sebagai calon sena
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyeru peminat bola sepak tempatan memanfaatkan persatuan bola sepak negeri dalam mempengaruhi keputusan pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan datang.

Dalam kiriman di laman Twitternya, Khairy Jamaluddin menegaskan FAM bakal mempunyai presiden baharu tahun hadapan.

Justeru, mana-mana calon berminat perlu mendapatkan sokongan persatuan bola sepak negeri untuk terpilih.

Khairy Jamaluddin turut menyeru para peminat agar membawa rombongan untuk bertemu dengan presiden persatuan bola sepak bagi mencadangkan calon terbaik untuk diundi sebagai ahli jawatankuasa FAM.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Ciri-ciri Presiden FAM

Dalam siri kiriman di Twitter juga, Khairy Jamaluddin menjelaskan ‘ciri-ciri’ presiden FAM yang diperlukan bagi menjalankan transformasi dalam arena bola sepak Malaysia.

“Calon Presiden FAM mesti dapat kerjasama pihak berkepentingan dan cari jalan buat transformasi total,” jelasnya.

Khairy Jamaluddin turut berharap agar Presiden FAM yang diundi merupakan seorang pelaksana yang sudah mempunyai idea dan kerangka untuk menjalankan transformasi tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#bola sepak #FAM #Khairy Jamaluddin #persatuan bola sepak negeri #Presiden FAM