SUKAN
Haaland catat gol ke-53 Liga Juara-Juara, City jinakkan Villarreal 2-0
Erling Haaland meneruskan rentak berbisa apabila menjaringkan gol buat kali ke-12 berturut-turut untuk kelab dan negara, membantu Manchester City menewaskan Villarreal 2-0. - Foto Manchester City
ERLING Haaland meneruskan rentak berbisa apabila menjaringkan gol buat kali ke-12 berturut-turut untuk kelab dan negara, membantu Manchester City menewaskan Villarreal 2-0 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi Rabu.
Ringkasan AI
Bernardo Silva turut mencetak nama sebagai penjaring bagi mengesahkan kemenangan pertama City di tempat lawan dalam saingan Eropah sejak lebih setahun, sekali gus mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan peringkat liga.
Haaland hampir membuka tirai jaringan seawal minit ketiga namun tandukannya tersasar, sebelum menebus kekecewaan dengan menyempurnakan hantaran lintang Rico Lewis hasil gerakan tenang pasukan pelawat.
Gol itu merupakan jaringan ke-53 penyerang Norway itu dalam saingan Liga Juara-Juara mengatasi Mohamed Salah dalam senarai 10 penjaring terbanyak sepanjang zaman serta gol ke-15 beliau dalam 11 perlawanan musim ini.
City menguasai sepenuhnya permainan menentang kelab tangga ketiga La Liga itu dan menambah jaringan menerusi tandukan kapten Bernardo Silva lima minit sebelum rehat,sekali gus menambah jurang antara kelab elit England dan Sepanyol.
Kemenangan ini lebih bermakna memandangkan City masih tanpa tonggak tengah Rodri yang mengalami
kecederaan hamstring, meskipun beliau hadir ke Villarreal untuk menerima penghormatan Hall of Fame kelab lamanya. Namun, skuad Pep Guardiola turut berdepan kebimbangan baharu apabila Nico Gonzalez terpaksa dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan.
Villarreal hanya mula memberi tentangan pada 20 minit terakhir, memaksa Gianluigi Donnarumma melakukan aksi menyelamat cemerlang menafikan rembatan Pape Gueye, sementara Nicolas Pepe melepaskan voli dari jarak dekat dan Tani Oluwaseyi terkena palang.
City juga menutup perlawanan dengan beberapa peluang tambahan, termasuk dua situasi di mana Haaland hampir menambah jaringan.
Ringkasan AI
- Gol ke-12 berturut-turut Haaland bantu City menang 2-0, dengan Bernardo Silva turut menyumbang jaringan.
- Haaland kini melepasi Mohamed Salah dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Juara-Juara.
- Tanpa Rodri dan kehilangan Nico Gonzalez, City tetap menguasai permainan dan mencatat kemenangan pertama di tempat lawan sejak lebih setahun.