Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
SUKAN

Haaland samai rekod dunia 63 tahun milik legenda Malaysia, Abdul Ghani Minhat

Sinar Harian 17/11/2025 | 04:50 MYT
Haaland kini menjaringkan gol dalam 11 perlawanan antarabangsa berturut-turut dan menyamai rekod yang telah berusia lebih 60 tahun. - Gambar fail/AP
PENYERANG sensasi Norway, Erling Haaland terus membuktikan statusnya sebagai penjaring terbanyak paling prolifik generasi ini apabila berjaya menyamai rekod dunia yang sebelum ini hanya menjadi milik legenda Malaysia, Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat.


Ringkasan AI
  • Erling Haaland menyamai rekod gol berturut-turut selama 11 perlawanan, menyamai pencapaian Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat yang berusia lebih 60 tahun.
  • Rekod Haaland bermula pada 14 November 2024 dan diakhiri dengan golnya dalam kelayakan Piala Dunia menentang Itali.
  • Prestasi Haaland melebihi Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang hanya mencatat enam hingga lapan perlawanan berturut-turut menjaring gol dalam karier masing-masing.


Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Norway menewaskan Itali 4-1, Haaland meledak dua gol sekali gus mengesahkan tiket negara itu ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1998.

Namun lebih manis, jaringan tersebut menandakan Haaland kini menjaringkan gol dalam 11 perlawanan antarabangsa berturut-turut dan menyamai rekod yang telah berusia lebih 60 tahun.

Rekod berkenaan sebelum ini dipegang oleh penyerang berbisa Harimau Malaya, Abdul Ghani yang menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut antara 28 Mei 1961 hingga 28 Ogos 1962.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rekod itu turut disahkan oleh Persekutuan Antarabangsa Sejarah & Statistik Bola Sepak (IFFHS).

Haaland memulakan rentak jaringannya sejak 14 November 2024 ketika membantu Norway menewaskan Slovenia 4-1.

Menariknya, Norway menang dalam kesemua 11 perlawanan sepanjang siri tersebut, sementara satu-satunya perlawanan yang memutuskan rentak konsisten tersebut itu adalah aksi persahabatan menentang New Zealand yang tidak disertai Haaland.

Bintang Manchester City itu kini berada pada tahap permainan luar biasa, memecah pelbagai rekod Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara bersama kelabnya sebelum mengukuhkan reputasinya di pentas antarabangsa.

Sebagai perbandingan, Cristiano Ronaldo hanya mencatat rekod peribadi enam perlawanan berturut-turut menjaringkan gol yang dilakukan sebanyak dua kali dalam kariernya.

Lionel Messi pula pernah mencatat lapan perlawanan berturut-turut antara Disember 2022 hingga September 2023. -- Sinar Harian





#Erling Haaland #rekod dunia #Abdul Ghani Minhat #Cristiano Ronaldo #Lionel Messi