KUALA LUMPUR:Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah kecewa dengan prestasinya setelah menduduki tempat ke-19 daripada 27 pelumba pada Grand Prix (GP) Aragon di Litar Aragon, Sepanyol, pada Ahad.
Pelumba pasukan Aspar Team itu mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.
Keputusan itu menyaksikan Hafizh Syahrin kekal di tempat ke-21 pada MotoGP Dunia (Moto2) dengan mengumpul 18 mata selepas 11 perlumbaan.
"Semasa perlumbaan, saya cuba berusaha bersungguh-sungguh tetapi jentera tidak begitu sesuai dengan kru teknikal cuba membuat penyelarasan pada setiap sesi kelayakan dan latihan namun tidak berjaya pada perlumbaan.
"Saya tidak dapat melakukan apa-apa dan mudah-mudahan dapat bangkit untuk perlumbaan seterusnya di litar yang sama," katanya dalam rakaman audio yang disediakan kepada media.
Pelumba Britain Sam Lowes daripada pasukan EG 0.0 Marc VDS, merangkul kejuaraan sulung musim ini dengan catatan 39:33.202s diikuti pelumba Itali Enea Bastianini dan pelumba Sepanyol Jorge Martin masing-masing dengan ketinggalan masa 4.195s dan 4.340s.
Seorang lagi wakil negara, Kasma Daniel Kasmayudin (OneXoX TKKR SAG Team) menamatkan saingan di tempat ke-25 dengan catatan masa 40:31.380s dan gagal mengutip sebarang mata selepas 11 perlumbaan.
Perlumbaan pusingan ke-12 akan berlangsung di litar sama iaitu GP Teruel dari 23 hingga 25 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba Moto2 negara. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Hafizh Syahrin gagal kutip mata pada GP Aragon
Pelumba pasukan Aspar Team itu mencatatkan masa 40 minit 00.963 saat pada perlumbaan 21 pusingan yang menyaksikan pelumba berusia 26 tahun itu gagal mengutip sebarang mata.
Moto2: Hafizh Syahrin dalam kesamaran
Pelumba itu yang beralih ke pasukan Aspar musim ini dengan mengikat perjanjian sehingga hujung tahun, mengakui dalam dilema mengenai nasibnya.
Hafizh Syahrin pelumba kelima terpantas sesi latihan GP Itali
Hafizh menamatkan 18 pusingan dengan mencatatkan masa terbaik sepusingan satu minit 53.0691 saat.