KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.
Perkembangan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), apabila Hafizh sebelum ini memberi bayangan akan meninggalkan saingan berprestij berkenaan pada penghujung musim 2021.
Hafizh yang diberi jolokan 'El Pescao' kini berada di Sepanyol untuk menamatkan baki perlumbaan Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP, pada saingan Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo esok.
"Pertama kali saya ucapkan terima kasih kepada Midori Moriwaki (Prinsipal Pasukan MIE Racing Honda) kerana datang dari Jepun ke Valencia, iaitu perlumbaan terakhir saya di MotoGP sebagai pelumba Moto2 sebelum akan berlumba di WSBK pada 2022 dengan MIE Honda Racing.
"Jadi saya harap dapat berikan terbaik. Saya juga berterima kasih kepada keluarga terutama sekali yang selalu menyokong saya adalah ayah saya dan isteri, selain itu kawan-kawan serta peminat," kata pelumba berusia 27 tahun itu dalam satu video kepada media hari ini.
Penghijrahan itu juga menyaksikan pelumba berasal dari Ampang itu menamatkan perjalanan karier selama lapan musim dalam saingan MotoGP, termasuk dua musim bersaing untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.
Sementara itu Moriwaki mengakui bahawa pasukan itu telah mengikuti pembangunan karier Hafizh sejak 2011.
"Kami telah mengikuti perjalanan karier Hafizh sejak sekian lama, sejak perlumbaan 'wildcard' nya yang pertama pada perlumbaan Moto2 menggunakan motosikal Moriwaki (Malaysia 2011) pada usianya 16 tahun. Beliau merupakan salah seorang daripada ramai pelumba yang bagus terhasil daripada perlumbaan yang mencabar dan bertenaga di benua Asia.
"Hafiz sangat berbakat dan mampu memberikan cabaran, dan akan menjadi tambahan yang baik untuk pasukan kami dan Kejohanan Superbike Dunia," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Moriwaki mengesahkan bahawa Hafizh akan berlumba bersama pelumba berpengalaman dari Argentina Leandro Mercado untuk musim 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 13 2021
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan. - Foto Instagram/@hafizh_syahrin
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Moto2: Vietti dominasi litar Sepang, lakar kemenangan ketiga musim ini
Pelumba Red Bull KTM Ajo Celestino Vietti memperoleh gelaran ketiga musim ini, selepas dinobatkan sebagai juara kelas Moto2 pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Acosta dinobat juara dunia Moto2 paling muda
Pelumba Red Bull KTM Ajo Pedro Acosta berjaya merangkul kejuaraan Moto2 dunia sulungnya di Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia.
Hafizh Syahrin sertai WSBK 2022 bersama Mie Racing Honda
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.
KBS sedia cari jalan bantu Hafizh
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika atlet negara mempunyai masalah, KBS akan terlebih dahulu mendengar sebelum sedaya upaya memberikan pertolongan.
Adam bakal buat penampilan sulung bagi saingan Moto2 di Silverstone
Penunggang berusia 23 tahun itu, yang kini bertanding pada Kejohanan CEV FIM dan kini menghuni tangga kelima dalam kedudukan Moto2.
Masalah teknikal terus belenggu Hafizh Syahrin
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui masalah teknikal pada jenteranya mengakibatkan prestasi beliau tidak menentu.
Zulfahmi sedia jadi 'tulang belakang' Damok ke saingan MotoGP
Zulfahmi Khairuddin sedia menjadi 'tulang belakang' buat Syarifuddin Azman sekiranya berjaya menempah slot ke MotoGP, tahun depan.
Moto2: Hafizh terharu Tunku Ismail mahu hulur bantuan
Tunku Ismail menyatakan sentiasa sedia untuk membantu atlet negara yang memerlukan bantuan.
TMJ minat taja Hafizh Syahrin
Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menarik perhatian peminat sukan permotoran tanah air apabila menzahirkan minat untuk menaja pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah.
Moto2: 'El Pescao sudah kembali'
Semuanya selepas Hafizh menamatkan perlumbaan Grand Prix Itali pada kedudukan kesembilan di Litar Mugello.