awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Danish terus gegar Lombok

Bernama
Bernama
20/03/2022
11:59 MYT
Hakim Danish terus gegar Lombok
Kejayaan diraih di Litar Mandalika itu menyaksikan Hakim Danish melakar kejayaan berganda selepas turut menjuarai perlumbaan pertama di venue sama, semalam. - Facebook Sepang Circuit
KUALA LUMPUR: Pelumba muda negara Hakim Danish Ramli terus mempamerkan aksi memukau apabila muncul juara perlumbaan kedua pusingan kedua Kejuaraan Asia Talent Cup (ATC) 2022 berlangsung di Lombok, Indonesia hari ini.
Kejayaan diraih di Litar Mandalika itu menyaksikan Hakim Danish melakar kejayaan berganda selepas turut menjuarai perlumbaan pertama di venue sama, semalam.
Malah, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya mengatasi kepantasan 28 minit 8.357 saat (s) yang dirakam pada perlumbaan terdahulu apabila melepasi garisan penamat perlumbaan kedua dengan catatan masa 28:6.916s.
Pelumba berusia 15 tahun itu meninggalkan dua pelumba Jepun, Gun Mie dan Shinya Ezawa yang menamatkan perlumbaan masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Hakim Danish kini mengungguli carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 72 mata memintas Ezawa di tempat kedua dengan perbezaan satu mata manakala seorang lagi wakil Jepun Amon Odaki mengutip 54 mata di kedudukan ketiga.
Pusingan ketiga dijadual berlangsung di Jepun sebelum saingan diteruskan di Thailand (pusingan keempat), Malaysia (pusingan kelima) dan kembali semula ke Indonesia bagi pusingan terakhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Litar Mandalika
#Hakim Danish
#Lombok
#ATC 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan