awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamidin dipilih selaku Naib Presiden AFF

Bernama
Bernama
17/03/2019
10:48 MYT
Hamidin dipilih selaku Naib Presiden AFF
Selain Hamidin (gambar), urut terpilih bagi menyandang jawatan itu ialah Datuk Seri Zaw Zaw dari Myanmar dan Datuk Sri Francisco Kalbuadi Lay dari Timor Leste. - Gambar fail
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bagi penggal 2019-2023 pada Kongres AFF di Siem Reap, Kemboja, pada Ahad.
Menurut laman Facebook rasmi FAM, turut terpilih bagi menyandang jawatan itu ialah Datuk Seri Zaw Zaw dari Myanmar yang mempertahankan jawatannya dan Datuk Seri Francisco Kalbuadi Lay dari Timor Leste.
AFF kini diterajui Mejar Jeneral Khiev Sameth dari Kemboja selaku presiden, menggantikan Sultan Ahmad Shah yang menolak pencalonan atas sebab kesihatan.
Sameth menang tanpa bertanding berikutan penarikan diri Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.
Sameth yang juga Naib Presiden Persekutuan Bola Sepak Kemboja (FFC), sebelum ini memegang jawatan timbalan presiden AFF.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menyifatkan pemilihan Hamidin sebagai satu penghormatan buat FAM dan juga negara.
"Sebagai antara negara pengasas AFF, FAM harus ada suara dalam menentukan dasar dan hala tuju AFF, apatah lagi badan serantau ini berpangkalan di Kuala Lumpur, dengan ibu pejabat baharu bakal siap sepenuhnya tahun ini.
"Kami mengharapkan kerjasama yang lebih erat dalam kalangan negara anggota AFF di bawah kepimpinan Sameth agar AFF dapat membantu anggota gabungannya menaikkan standard bola sepak Asia Tenggara," katanya.
Pada Kongres AFF yang disusuli mesyuarat majlis badan induk itu, perwakilan FAM dianggotai Hamidin, Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Subahan Mohd Kamal dan Stuart.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AFF
#bola sepak Asean
#FAM
#Hamidin Mohd Amin
#Naib Presiden
#Persatuan Bolasepak Malaysia
#siem reap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan