SUKAN
Hampir 11,000 sertai Navy Run 25 anjuran TLDM di ibu kota
Pelepasan peserta larian Navy Run 25 di Kuala Lumpur pagi ini disempurnakan Zulhelmy. - Foto Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Hampir 11,000 peserta menyertai program larian Navy Run 25 yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, hari ini.
Program yang diadakan buat kali ketiga ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat awam serta memupuk gaya hidup sihat.
Menurut Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM, Laksamana Muda Badarudin Taha, penyertaan kali ini jauh melebihi jangkaan berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan hanya 6,000 peserta.
“Penyertaan telah bertambah di luar jangkaan dan hasilnya kita lihat, kebanjiran manusia menyertai larian hari ini.
“Kami juga ingin mengetengahkan amalan cara hidup sihat dalam kalangan warga TLDM dan masyarakat setempat,” katanya semasa ditemui media di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.
Selain itu, Badaruddin juga berkata, objektif tambahan acara tersebut adalah untuk mengutip dana pembangunan sukan TLDM.
Beliau menjelaskan, ramai atlet TLDM telah berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dan dana ini penting untuk menyokong keperluan latihan dan fasiliti sukan.
“Tabung ini untuk pembangunan sukan TLDM. Pembiayaan yang mencukupi dapat (menampung) peralatan yang baik dan sesuai (untuk) kemudahan latihan kepada atlet,” ujarnya lagi.
Pelepasan peserta larian disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain pada jam 7.20 pagi.
TLDM mensasarkan Navy Run menjadi acara tahunan, dengan edisi seterusnya dijadual berlangsung pada awal Ogos 2026.