awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mogok jururawat terbesar dalam sejarah New York bermula susulan rundingan kontrak gagal
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah puji aksi cemerlang Pearly-Thinaah raih juara Terbuka Artik 2025

Bernama
Bernama
12/10/2025
22:10 MYT
Hannah puji aksi cemerlang Pearly-Thinaah raih juara Terbuka Artik 2025
Kejayaan ini menebuskan kekecewaan beregu wanita kedua dunia itu yang tewas pada edisi lepas kepada Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 12-21, 17-21. - Foto Facebook/Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Kemenangan bergaya diraih gandingan wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah pada Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland semalam, menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau melahirkan rasa gembira apabila naib juara Kejohanan Dunia 2025 itu menampilkan aksi cemerlang untuk menewaskan Rin Iwanaga-Ki Nakanishi dari Jepun 21-7, 21-9 dalam perlawanan akhir kejohanan Super 500, sekali gus meraih gelaran kedua mereka tahun ini.
"Saya sangat teruja, Pearly dan Thinaah benar-benar menakjubkan apabila berjaya menjuarai beregu wanita Terbuka Artik hari ini!
"Konsistensi menghasilkan kejayaan dan itu merupakan kekuatan pemain Road To Gold kita yang terus cemerlang dalam kejohanan tahun ini. Tahniah dan teruskan bersinar!#RoadToGold," katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam.
Kejayaan semalam juga menebuskan kekecewaan beregu wanita kedua dunia itu yang tewas pada edisi lepas kepada Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 12-21, 17-21.
Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Thailand pada Mei selain muncul naib juara pada Terbuka Jepun, Indonesia dan Masters Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#Terbuka Artik
#Pearly Tan-M Thinaah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan