awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar

Bernama
Bernama
14/02/2024
12:00 MYT
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Pandelela sebelum ini dilapor mendakwa ada "entiti" yang mengganggu kem terjun Malaysia sekali gus menjadi punca terhadap prestasi hambar mereka di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini. - Gambar fail/ Bernama
KUCHING: Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Pandelela telah banyak menyumbang jasa dalam sukan terjun sehingga ke peringkat antarabangsa.
"Untuk Pandelela sampai ke tahap itu bukan mudah, mereka perlu mental yang kuat dengan latihan hampir setiap hari.
"Kalau nak kata dia (Pandelela) hanya mahu makan gaji, rasanya dia boleh dapat lebih banyak sebab berdasarkan pengalaman yang dia ada, dia boleh menjadi jurulatih malah lebih daripada itu. Tidak perlulah pegawai-pegawai ini memperkecilkan atlet sebegini," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Pandelela sebelum ini dilapor mendakwa ada "entiti" yang mengganggu kem terjun Malaysia sekali gus menjadi punca terhadap prestasi hambar mereka di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar baru-baru ini.
Dalam kenyataan balasnya, Andy dilaporkan berkata penerjun negara itu hanya memberi alasan bagi menutup kegagalan di Doha kerana pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai masalah yang dihadapi atlet sebelum kejohanan berlangsung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pandelela Rinong
#hanya alasan
#Persekutuan Renang Malaysia
#Abdul Karim Rahman Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan