awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya tiga persatuan sukan bertaraf lima bintang

Astro Arena
Astro Arena
08/11/2017
10:36 MYT
Hanya tiga persatuan sukan bertaraf lima bintang
ZAITON: Kami mahu melihat aspek pentadbiran yang bagus dalam menguruskan persatuan sukan.
PESURUHJAYA Sukan (PJS), Datuk Zaiton Othman, kecewa apabila hanya tiga persatuan sukan kebangsaan mencapai taraf lima bintang, jumlah yang terlalu rendah dalam usaha negara mencapai misi utama memburu pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sejak tahun lalu, PJS menjalankan sistem penarafan persatuan sukan kebangsaan. Sebanyak 60 persatuan sukan sudah dinilai, namun hanya tiga yang mencapai status lima bintang daripada aspek pengurusan.
Ia jumlah yang terlalu rendah berbanding pencapaian atlet negara, sekali gus mengecewakan PJS.
"Kalau boleh, pihak kami mahu 40 hingga 50 persatuan sukan mencapai tahap empat bintang.
"Apa yang kami lihat, (kebanyakan persatuan sukan) hanya mencapai tiga bintang.
"Ini sesuatu yang amat mendukacitakan. Boleh dikatakan (situasi ketika ini) masih tidak mencapai standard yang baik, tidak profesional dan masih jauh ketinggalan dengan tanda aras antarabangsa.
"Kami mahu melihat aspek pentadbiran yang bagus dalam menguruskan persatuan sukan," ujar Zaiton.
Persatuan sukan yang berjaya mencapai taraf lima bintang terdiri daripada skuasy, bola sepak dan badminton.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#persatuan sukan
#PJS
#Skuasy
#sukan
#Zaiton Othman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan