KUALA NERUS: Malaysia bangkit daripada ketinggalan untuk melakar kemenangan bergaya ke atas pasukan di ranking lebih tinggi, Kepulauan Solomon 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, malam tadi.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon yang berhasrat melebarkan rekod kemenangan bermula baik apabila mendominasi permainan 10 minit pertama sebelum dikejutkan dengan gol pembukaan Kepulauan Solomon yang rata-ratanya dibarisi pemain amatur seminit kemudian.
Penyerang muda Raphael Lea'i, satu-satunya pemain profesional dalam pasukan meledak gol pembukaan apabila mudah menolak bola ke gawang yang 'kosong' untuk memanfaatkan hantaran lintang Gagame Feni selepas berjaya memperdaya penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit memperkemaskan permainan dan melancarkan beberapa serangan berbahaya ke kubu lawan sebelum segala usaha membuahkan hasil dengan gol penyamaan menerusi pemain naturalisasi Paulo Josue pada minit ke-40.
Ia merupakan jaringan pertama Josue bersama Malaysia selepas sah menjadi pemain naturalisasi Februari lepas.
Menghampiri rehat, pemain sayap sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi turut mencetak jaringan pertama bersama skuad senior selepas tenang menyempurnakan sepakan penalti pada masa tambahan separuh masa pertama sekali gus meletakkan pasukan negara mendahului 2-1.
Malaysia mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan seawal 10 minit pertama babak kedua masing-masing menerusi Arif Aiman dan Josue, namun penjaga gol Phillip Mango bertindak cemerlang untuk menafikan kedua-dua percubaan berbahaya itu.
Berbaki 20 minit sebelum masa penuh, Pan Gon membuat beberapa pertukaran antaranya membawa masuk Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Akhyar Rashid dan Lee Tuck yang menyaksikan percaturan itu memberi impak positif.
Muhammad Safawi yang kurang beraksi di peringkat domestik membuktikan masih mempunyai sentuhan apabila meledak gol ketiga Malaysia pada minit ke-77 menerusi sepakan separuh voli dalam kotak penalti sebelum Tuck melengkapkan malam cemerlang Malaysia dengan gol keempat pada masa tambahan.
Sebagai rekod, Malaysia di kedudukan ke-138 dalam ranking dunia sementara Kepulauan Solomon yang dibimbing jurulatih dari Sepanyol Felipe Vega-Arango ke-134.
Kemenangan malam tadi menyaksikan Malaysia meraih kemenangan ketiga dalam jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tahun ini selepas turut menewaskan Turkmenistan 1-0 dan Hong Kong (2-0) di Johor, Mac lepas.
Malaysia akan berdepan Papua New Guinea dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di sini, Selasa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Kapten Harimau Malaya Faisal Halim (tengah) melakukan percubaan gol semasa menentang pasukan Kepulauan Solomon pada Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 2023 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak malam tadi. --fotoBERNAMA
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Thailand sambut lebih 3,000 perwakilan untuk Kongres FIFA ke-74
Thailand pada Isnin menyambut lebih 3,000 perwakilan dari persatuan anggota Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menghadiri Kongres FIFA ke-74 di Bangkok dari 13 hingga 17 Mei.
Gangguan bekalan air berjadual di tujuh kawasan Lembah Klang 5-7 Jun
Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.
Malaysia berpesta gol lagi, belasah Oman 12-1
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan terus mempamerkan taring apabila membenam Oman 12-1 dalam aksi kedua kumpulan di Chonburi, Thailand hari ini.
Isteri penyelia jatuh kren terima faedah bulanan Perkeso sepanjang hayat
Balu kepada penyelia kren yang maut ketika menyelenggara ladle crane dekat sini pada 5 Mei lepas, layak menerima Faedah Orang Tanggungan sebanyak RM2,673 sepanjang hayat.
1,238 penghuni PPR, RSK Johor diberi notis kosongkan rumah - Exco
Seramai 1,238 penghuni PPR dan RSK di Johor telah diberi notis selama 14 hari untuk mengosongkan kediaman mereka setelah didapati melanggar syarat dan terma ditetapkan.
Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet
Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.