KUALA LUMPUR:Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum seandainya ia diteruskan mengikut perancangan pada Mac depan.
Pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengakui, skuad bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe berkemungkinan besar tidak dapat dikumpulkan untuk menjalani latihan berpasukan menjelang saingan itu, selepas kem latihan pusat yang dijadual diadakan pada bulan ini dibatalkan.
Malah beliau berkata dengan saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang akan bermula hujung Februari depan, serta ketidaktentuan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini, ia menambah kesukaran dalam usaha mengumpulkan pemain.
"Kita sudah tidak ada pilihan selepas kita tak dapat nak adakan (kem latihan pusat) pada bulan ini. Jika kita nak panggil pemain pada bulan dua (Februari), mereka pasti sibuk dengan persiapan pasukan masing-masing, menjelang Liga-M yang bermula 26 Feb.
"Jadi macam mana kita nak panggil mereka semua untuk sertai kem latihan pusat selama 10 hari, mana ada pasukan ingin lepaskan pemain ketika mereka sedang giat dalam persediaan pramusim," katanya yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Bernama, hari ini.
Kem latihan pusat skuad kebangsaan yang pertama sejak November 2019 dijadual bermula 15 hingga 26 Jan ini, namun terpaksa dibatalkan ekoran pelaksanaan PKP di enam negeri untuk tempoh 14 hari sehingga 26 Jan.
Pada masa sama, Mohd Yusoff berkata pihaknya kini menunggu keputusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung jadual saingan kelayakan itu, sama ada ia akan diteruskan pada Mac atau ditangguh untuk diadakan secara karnival pada Jun di lokasi terpilih.
Menurut beliau, pasukan negara boleh memanfaatkan kalendar perlawanan antarabangsa dari 22 hingga 30 Mac depan untuk menjalani kem latihan pusat, sekiranya FIFA memutuskan untuk menunda saingan kelayakan itu pada Jun.
"Pada saya, mereka (FIFA) kena maklumkan cepat, kalau tidak susah semua negara dalam menentukan hala tuju musim ini. Namun apa saja keputusan mereka (FIFA) kita akan buat perancangan baharu atau ubah suai mengikut keadaan tertentu, bagi menghadapi saingan itu.
"Setakat ini, saya melihat kalau perlawanan pada Mac sukar untuk diadakan kem latihan pusat, tetapi sekiranya pada Jun kita masih berpeluang," jelasnya.
Malaysia dijadual menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 25 Mac, sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac dalam aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021
MOHD YUSOFF: Kita sudah tidak ada pilihan selepas kita tak dapat nak adakan (kem latihan pusat) pada bulan ini. - Foto BERNAMA
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan hari ini.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perjuangan PBB banyak disekat oleh AS dan EU
Sementara itu, Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli berkata tidak wajar menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah konsisten mengutuk tindakan israel dan berusaha gigih dalam membawa penyelesaian damai dalam isu ini.
Tindakan Israel mencetuskan ketegangan lebih buruk di Asia Barat
Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kesediaan Iran untuk bertindak balas dengan segera dan tegas menunjukkan bahawa mereka tidak akan berdiam diri dalam menghadapi sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatan negara mereka.
Perang Iran-Israel: Kerajaan mesyuarat petang ini, termasuk bawa pulang rakyat Malaysia
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
Iran nafi diserang Israel, anggap propaganda media Barat
Pegawai Kerajaan Iran mendakwa mendakwa, ia hanyalah sebahagian daripada propaganda media barat, untuk mengelirukan pandangan dunia.
AWANI Ringkas: Beras dibuang sebab telah rosak, tidak selamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan ambil mudah isu lesen kelab kebangsaan - Mohd Yusoff
Imigresen FC layak secara merit bermain di Liga Super selepas menjuarai Liga M3, namun berdepan kekangan memenuhi kriteria ditetapkan.
FAM bidas dakwaan kononnya lambat bertindak
FAM bukan mengambil sikap berdiam diri ataupun sengaja melengahkan sebarang tindakan berhubung insiden itu.
AFL nasihat pasukan tetap harga siling pemain Liga M3
Beliau berkata barisan pengurusan pasukan perlu bijak mengatur strategi dalam merangka jumlah gaji akan ditawarkan.
Piala AFF 2022: Kelab Liga-M perlu bantu Pan-gon
Mohd Yusoff menegaskan pelepasan pemain dapat membantu memudahkan Pan-gon membentuk pasukan yang lebih mantap.
VAR mungkin diguna dalam Piala FA, Piala Malaysia musim depan - FAM
Badan induk itu kini dalam proses penelitian dan perbincangan untuk merealisasikan hasrat tersebut.
Pengganti Cheng Hoe selepas terima laporan badan siasatan bebas - Yusoff
Mohd Yusoff berkata, laporan bedah siasat dijangka selesai minggu depan.
Harimau Malaya buntu tanpa persediaan optimum
Pasukan bola sepak negara tidak mempunyai pilihan selain terpaksa meneruskan cabaran pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, tanpa persediaan optimum.
Liga-M: FAM tunggu keputusan rasmi kerajaan
Pihak FAM dan MFL mengharapkan satu jawapan secara rasmi sekiranya Liga-M terpaksa dibatalkan disebabkan pandemik COVID-19.
FAM kekal keputusan tolak penyertaan Perlis dalam Piala Belia, Presiden
Pasukan Perlis gagal atau enggan untuk menyempurnakan pendaftaran minimum pemain dan pegawai sehingga ke tarikh tutup pendaftaran asal iaitu pada 15 Feb lalu.
FAM cadang perkenal format baharu Liga FAM
Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata badan induk itu sedang meneliti beberapa faktor sebelum membuat keputusan muktamad berhubung penyertaan senarai pasukan bertanding dalam Liga FAM musim depan.