SPORTS

Harimau Malaya diaibkan di Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019: 'Kalah? Biasalah tu ...'

Madiha Abdullah 13/11/2015 | 00:54 MYT
Kelibat beberapa pemain turut menimbulkan persoalan apabila mereka dilihat seolah-olah tidak bersedia menghadapi perlawanan sebesar itu.
Seolah-olah, sudah tiada kejutan.
Itu yang disimpulkan netizen apabila buat kesekian kalinya, Harimau Malaya diaibkan dengan kekalahan dalam pusingan akhir Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Amman di Jordan pada Khamis.
Tewas 0-6 kepada Palestin dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018, ia menyaksikan kritikan terus dilemparkan ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Sejurus selepas tamat perlawanan, laman Facebook rasmi FAM diserang dengan ribuan komen bernada sinis dan tidak kurang juga yang tanpa segan silu mencerca pengurusan FAM.
Namun, ramai yang melihat pemain tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Sebaliknya, badan induk bola sepak nasional itu perlu menjalani 'pembedahan' dengan kadar segera supaya 'penyakit' yang dihidapi dapat dipulihkan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

FT Palestine 6-0 Harimau MalayaSejarah telah berulang.....

Posted by Sukan Star ( Laman Berita Sukan Yang Di Ulas Dengan Kaki ) on

Kita boleh lihat malam ni. Kita tiada natural Defensive Midfield. Sebab itu barisan pertahanan kita banyak kena serang...

Posted by HarimauMalaya on

Malaysia sinonim dengan angka 6. Dah 3 kali kena rasanya, oman, palestin, palestin.

Posted by HarimauMalaya on
Turut menerima tempias dari peminat bola sepak tanah air adalah jurulatih sementara negara, Datuk Ong Kim Swee apabila ramai yang mempersoalkan strategi taktikal yang dipraktikkannya dalam cubaan anak-anak buahnya menguasai permainan.

Kita bukan tidak kuat , pemain2 kita berkualiti dan relevan , cuma taktikal dan corak permainan yang perlu diperbaharui...

Posted by HarimauMalaya on
Dalam masa yang sama, kelibat beberapa pemain Harimau Malaya di atas padang dalam perlawanan semalam turut menimbulkan persoalan apabila mereka dilihat seolah-olah tidak bersedia menghadapi perlawanan sebesar itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kekalahan ini meneruskan episod duka bola sepak negara, selepas kekalahan memalukan 0-10 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September lalu.
Pasukan negara akan menentang UAE di Stadium Shah Alam, Selangor 17 November ini.
#FAM #harimau Malaya #Kelayakan Piala Dunia 2018 #Persatuan Bola Sepak Malaysia