SUKAN
Harimau Malaya dijangka umum kehadiran pemain warisan bernilai RM12.10 juta
Machuca telah menarik perhatian media Argentina yang mengesahkan penyertaannya dalam pasukan kebangsaan Malaysia. - Stadium Astro
SKUAD negara dijangka akan mengumumkan kehadiran pemain sayap warisan baharu, Imanol Machuca, menjelang perlawanan persahabatan tier 1 menentang Cape Verde di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.
Ringkasan AI
Imanol, 25, merupakan pemain sayap kelahiran Roldan, Argentina dan kini mewakili kelab divisyen utama negara itu, Velez Sarsfield, secara pinjaman daripada kelab Brazil, Fortaleza.
Berdasarkan tinjauan di laman sesawang transfermarkt.com, pemain sayap itu kini memiliki nilai pasaran 2.5 juta euro (RM12.10 juta), bahkan pernah mencecah nilai pasaran 3 juta euro (RM14.52 juta) tahun lalu.
Dia dijangka akan menjadi pemain warisan baharu Harimau Malaya menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di SNBJ pada 10 Jun ini.
Ia selepas laman media yang didekasikan khas buat Velez Sarsfield, Sabado Velez, melaporkan pemain itu akan mewakili Malaysia dalam masa terdekat.
"Imanol Machuca telah dipanggil untuk menyertai pasukan kebangsaan Malaysia.
"Penyerang Velez itu telah dipilih untuk aksi kelayakan Piala Asia. Dia akan menentang Vietnam bagi aksi kedua Kumpulan F pada 10 Jun ini.
"Tahniah Ima," kata laman berkenaan.
Selain itu, tular sekeping gambar Imanol mengenakan seragam Harimau Malaya menerusi sekeping gambar kiriman wartawan Argentina, Maxi Ertola. -- Stadium Astro
Ringkasan AI
- Imanol Machuca bakal wakili Malaysia: Pemain sayap Argentina berusia 25 tahun ini dijangka diumumkan sebagai pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya.
- Perlawanan penting menanti: Machuca berpotensi untuk beraksi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun.
- Nilai pasaran tinggi & sokongan media: Beliau kini bernilai 2.5 juta euro (RM12.10 juta) dan telah menarik perhatian media Argentina yang mengesahkan penyertaannya dalam pasukan kebangsaan Malaysia.