SUKAN

Harimau Malaya fokus Piala CAFA, tiada Pestabola Merdeka

Astro Arena 08/07/2025 | 10:45 MYT
Pada kejohanan Piala CAFA, skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama Tajikistan, Iran dan Afghanistan. - Stadium Astro
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, berkongsikan bahawa tidak akan menganjurkan Kejohanan Pestabola Merdeka bagi tahun ini.


Ringkasan AI
  • FAM tidak akan menganjurkan Pestabola Merdeka tahun ini, bagi memberi tumpuan penuh kepada persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi Kejohanan Piala CAFA 2025.
  • Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Tajikistan, Iran dan Afghanistan, menjadikan kejohanan ini medan penting untuk menilai prestasi pasukan menentang lawan berstatus tinggi.
  • Piala CAFA dijadikan platform persiapan menjelang baki Kelayakan Piala Asia 2027, selaras dengan strategi pembangunan jangka panjang skuad kebangsaan.


Perkara itu susulan untuk memberikan fokus kepada buat skuad kendalian Peter Cklamovski bagi mengharungi Kejohanan Piala Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang akan berlangsung pada Ogos hingga September nanti.

Untuk rekod, skuad negara diundi dalam Kumpulan B bersama Tajikistan, Iran dan Afghanistan.
Iklan

"Bagi tahun ini, kita tidak buat (anjurkan) Pestabola Merdeka kerana Harimau Malaya akan sertai Piala CAFA 2025. Jadi persiapan pasukan lebih terarah kepada kejohanan itu," katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Kejohanan itu merupakan medan terbaik buat skuad negara terus berkembang daripada masa ke semasa dengan berdepan pasukan di ranking tinggi sekali gus persiapan bagi menghadapi baki kempen Kelayakan Piala Asia 2027 nanti. -- Stadium Astro





#harimau Malaya #Piala CAFA #Pestabola Merdeka #FAM #Peter Cklamovski