SUKAN
Harimau Malaya jadi 'ancaman' serantau, Mohd Yusoff sokong pandangan Safee Sali
Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyokong pandangan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali yang menyifatkan pasukan Harimau Malaya kini berada pada tahap tersendiri. - Bernama
KUALA LUMPUR: Pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyokong pandangan bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, yang menyifatkan pasukan Harimau Malaya kini berada pada tahap tersendiri dan boleh dilihat menjadi ancaman kepada negara lain di rantau Asia Tenggara.
Safee menyuarakan pandangan itu menerusi InstaStory pada Ahad, sambil memuat naik laporan media mengenai hukuman yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap FAM dan tujuh pemain warisan negara.
Ketika diminta mengulas kenyataan tersebut, Mohd Yusoff berkata, FAM turut melihat peningkatan ketara dalam prestasi pasukan kebangsaan sejak pelaksanaan Revolusi Harimau Malaya, dan tidak menolak kemungkinan wujud rasa kurang senang daripada pihak tertentu terhadap kemajuan yang dicapai.
"Apa yang saya boleh katakan memang kita melihat bahawa di bawah revolusi Harimau Malaya ini, kita nampak satu peningkatan yang drastik kepada performance (persembahan) pasukan Harimau Malaya.
"Jadi kemungkinan ada pihak-pihak yang iri hati atau cemburu, ada kemungkinan. Tapi apapun kita di peringkat ini, kita cuma fokus untuk mempertingkatkan persembahan Harimau Malaya," katanya kepada Astro AWANI.
Tambah beliau, FAM akan terus komited dalam usaha memperkukuh pembangunan bola sepak negara dan memastikan Harimau Malaya kekal kompetitif di peringkat serantau dan antarabangsa.
Dalam masa sama, FAM masih menunggu keputusan berhubung isu dokumentasi dan hukuman yang sedang diproses oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung hukuman dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.
"Pada masa ini, kita hanya proses, boleh dikatakan dalam keadaan menunggu, menunggu apa sahaja. Kita faham bahawa AFC baru saja menerima daripada FIFA untuk pasal AFC ini badan pelaksanaan, hukuman-hukuman itu akan diaksanakan AFC, kerana kita berada di bawah pentadbiran AFC.
"Pada masa sama, saya ingin menekankan kita tunggu, kita dah minta alasan hukuman itu dan kita menunggu membuat rayuan," katanya.