Harimau Malaya kini ranking ke-118 dunia, pintas Indonesia

Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan hari ini, Harimau Malaya mengumpul 1,161.53 mata sekali gus naik lima anak tangga berbanding kedudukan ke-123 bulan lalu. - Foto Facebook FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak lelaki negara berjaya menembusi kelompok 120 pasukan terbaik dunia apabila menghuni tangga ke-118 dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Ringkasan AI
- Malaysia naik ke tangga ke-118 ranking FIFA selepas meraih dua kemenangan ke atas Laos dalam Kelayakan Piala Asia 2027.
- Harimau Malaya kini ketiga terbaik ASEAN di belakang Thailand dan Vietnam serta memintas Indonesia.
- Sepanyol kekal nombor satu dunia diikuti Argentina dan Perancis dalam ranking FIFA terbaharu.
Skuad negara menang 3-0 pada aksi pertama di Vientiane sebelum membelasah lawan sama 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kini berada di tangga ketiga terbaik, di belakang Thailand yang menghuni ranking ke-96 dan Vietnam di tangga ke-111, selain turut memintas Indonesia yang berada di kedudukan ke-122.
Sementara itu, juara Euro 2024, Sepanyol kekal mendominasi tangga teratas ranking dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis di tangga ketiga.
Kemas kini seterusnya ranking FIFA dijadualkan pada 21 November depan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami