[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
SUKAN

Harimau Malaya kini ranking ke-123 dunia

Astro Arena 18/09/2025 | 09:40 MYT
Malaysia mengumpul 1148.23 mata, sekali gus mencatat kedudukan terbaik sejak kali terakhir berada di ranking ke-125 pada tahun 2006.
SKUAD Harimau Malaya mencatat peningkatan dalam ranking dunia apabila melonjak dua anak tangga ke kedudukan ke-123, menurut kemas kini terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pasukan kendalian Peter Cklamovski sebelum ini berada di tangga ke-125 pada 10 Julai lalu, dengan kutipan mata sebanyak 1138.48. Kini, Malaysia mengumpul 1148.23 mata, sekali gus mencatat kedudukan terbaik sejak kali terakhir berada di ranking ke-125 pada tahun 2006 - selepas 19 tahun.

Peningkatan ini didorong oleh dua kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan Tier 2, apabila Harimau Malaya menewaskan Singapura 2-1 dan Palestin 1-0.

Palestin kini berada di kedudukan ke-89 dunia, menjadikan kemenangan tersebut sebagai pencapaian yang signifikan buat skuad negara. - Stadium Astro






#harimau Malaya #ranking FIFA #ranking dunia #Palestin