KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mampu menembusi ranking 120 terbaik dunia menjelang Piala Asia 2023 di Qatar, awal tahun depan.
Keyakinan itu disuarakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Firdaus Mohamed dengan syarat skuad kendalian Kim Pan Gon itu mencatatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan daripada dua aksi pada jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bermula 4-12 Sept ini, serta muncul juara Pestabola Merdeka.
FAM sedang berbincang dengan pasukan pada kedudukan ke-80 dunia China dan Mesir (34 dunia) untuk aksi persahabatan September ini, namun belum dimuktamadkan. Difahamkan aksi itu akan berlangsung di luar negara.
"Walaupun ranking China 100 terbaik dunia, tetapi prestasi pasukan itu sedang menurun, jadi kita kena ambil kesempatan atas kelemahan pasukan itu. Dengan prestasi semasa pasukan kebangsaan kita, yakin boleh capai sasaran itu," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Piala Agong dan Piala Emas Raja-Raja Melayu (PERR) 2023 di sini, semalam.
Mohd Firdaus berkata skuad Harimau Malaya juga perlu mengungguli Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka bermula 16 Okt ini, selain pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula November untuk mencapai misi itu.
Katanya pasukan di ranking dunia ke-96 Palestin, India (99) dan Lubnan (100) akan turut beraksi dalam Pestabola Merdeka kali ini.
Sebelum ini, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad negara mampu mencapai ranking ke-120 teratas dunia sekiranya meraih keputusan positif dalam kesemua enam aksi pada jendela perlawanan antarabangsa FIFA pada Jun, September dan Oktober ini.
Selepas kemas kini FIFA pada Selasa, skuad negara berjaya melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-136 dunia. (Ranking terbaik Malaysia adalah di kedudukan ke-75 dunia yang dicapai pada 1993.)
Sementara itu, Mohd Firdaus juga percaya Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mampu menyelesaikan kerja-kerja pertukaran rumput di Stadium Nasional untuk menganjurkan Pestabola Merdeka.
"Ketika mesyuarat baru-baru ini, kita difahamkan kerja penanaman rumput baharu akan bermula pada awal Ogos dan selesai sebelum Pestabola Merdeka. Namun, jika tidak dapat, kita ada beberapa venue alternatif, antaranya di Pulau Pinang," katanya.
Dalam pada itu, beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) berkata juara bertahan Piala Agong Kuala Lumpur bakal menentang juara PERR 2022, Selangor pada 27 Okt ini.
Edisi ke-101 PERR yang akan berlangsung selepas Piala Agong, menyaksikan 16 pasukan bawah 25 tahun termasuk pasukan jemputan dari Singapura, berentap untuk meraih hadiah wang tunai RM50,000 bagi juara dan RM30,000 bagi naib juara.
"Pemain-pemain yang boleh menyertai kejohanan ini adalah dari kalangan pemain Piala Presiden, Piala Belia, Liga M4 dan Liga M5, tetapi pemain Liga M3 dan Reserve League tidak dibenarkan.
"Tujuan kejohanan ini adalah untuk pembangunan dan sebagai platform kepada pemain untuk melonjak ke liga lebih tinggi," katanya.
Mengikut format perlawanan, pasukan akan dibahagikan dalam empat kumpulan mengikut zon, dengan hanya dua pasukan teratas akan mara ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Selepas kemas kini FIFA pada Selasa, Harimau Malaya berjaya melonjak satu anak tangga ke kedudukan ke-136 dunia; ranking terbaik Malaysia adalah di kedudukan ke-75 dunia yang dicapai pada 1993. - Gambar fail/BERNAMA
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.