SUKAN
Harimau Malaya masih berbisa tanpa tujuh pemain warisan - Nizaruddin
Dua kemenangan menentang Laos pada Kelayakan Piala Asia 2026, yang menyumbang kepada kenaikan ranking di kedudukan ke-118 dunia membuktikan skuad itu masih berbisa. - Gambar/ Bernama
HULU LANGAT: Pasukan bola sepak kebangsaan sebenarnya mampu memberikan aksi yang mantap meskipun tanpa kelibat tujuh pemain warisan yang digantung ketika ini, kata bekas pemain skuad Harimau Malaya Mohd Nizaruddin Yusof.
Ringkasan AI
Beliau berkata dua kemenangan menentang Laos pada aksi Pusingan Kelayakan Piala Asia 2026 tempoh hari, yang menyumbang kepada kenaikan ranking di kedudukan ke-118 dunia membuktikan skuad kendalian Peter Cklamovski masih berbisa.
Mohd Nizaruddin berkata perkembangan positif itu membuktikan skuad Harimau Malaya masih mempunyai pemain berkualiti.
"Apa yang skuad kebangsaan tampilkan ketika menentang Laos, saya nampak kita boleh bergantung harap dengan pemain yang ada ketika ini.
"Seperti kita tahu, skuad Harimau Malaya masih ada untuk diangkat dalam perlawanan antarabangsa. Saya juga boleh katakan ini adalah persembahan terbaik skuad Malaysia selepas penggantunggan tujuh pemain," katanya ketika ditemui pada Klinik Bola Sepak: Ini Padang Kita di sini hari ini.
Mohd Nizaruddin berkata meskipun Laos bukanlah lawan sebenar Harimau Malaya, beliau berharap momentum itu dapat dikekalkan untuk perlawaan seterusnya menentang Nepal pada November ini.
"Kita berharap pemain-pemain sedia ada ini kalau jumpa lawan yang lebih kuat harap dapat memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan," katanya.
Bulan lepas, FAM dan tujuh pemain naturalisasi iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Susulan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa daripada tarikh notis keputusan dikeluarkan pada 6 Okt.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Bekas pemain Harimau Malaya, Mohd Nizaruddin Yusof yakin skuad kebangsaan masih mampu beraksi mantap meskipun tanpa tujuh pemain warisan yang digantung, berdasarkan dua kemenangan ke atas Laos dalam Pusingan Kelayakan Piala Asia 2026 yang melonjakkan ranking Malaysia ke tangga ke-118 dunia.
- Beliau menyifatkan persembahan menentang Laos sebagai antara yang terbaik pasukan selepas penggantungan pemain naturalisasi, dan berharap momentum positif itu diteruskan dalam perlawanan menentang Nepal pada November.
- Tujuh pemain naturalisasi digantung 12 bulan dan didenda oleh FIFA atas kesalahan pemalsuan dokumen, manakala FAM turut dikenakan denda RM1.8 juta susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.