Harimau Malaya: RM1 daripada jualan setiap tiket disalur untuk konservasi

Hafizi Rosli
Mac 23, 2023 04:00 MYT
FAM dan KBS bekerjasama dalam usaha memerangi kepupusan dan konservasi Harimau Malaya melalui kutipan jualan tiket. - Foto Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bekerjasama dalam usaha memerangi kepupusan dan konservasi Harimau Malaya melalui kutipan jualan tiket.
Menurut Menteri KBS, Hannah Yeoh, FAM melalui Jawatankuasa Eksekutif bersetuju untuk memberikan sumbangan kepada KBS untuk tujuan berkenaan dengan sumbangan sebanyak RM1 daripada tiket perlawanan Pasukan Kebangsaan yang terjual.
Dalam kenyataannya pada Khamis, Hannah menjelaskan, langkah berkenaan diambil memandangkan jumlah Harimau Malaya berkenaan semakin berkurang sehingga kini iaitu sekitar 150 ekor sahaja.
"Harimau Malaya yang menjadi lambang dan nama panggilan keramat buat pasukan bola sepak Kebangsaan Malaysia perlu dipelihara supaya ia tidak hanya tinggal kepada mascot, slogan, lauangan tanpa adanya harimau itu di hutan.
"Sekiranya spesies ini pupus, jiwa kelestarian negara ini akan pudar dan tidak akan ada makna pada masa itu pasukan kebangsaan masih bergelar Harimau Malaya," jelasnya.
Hannah juga menyeru semua anak muda anak muda yang meminat sukan bola sepak negara untuk menunjukkan semangat sama dalam pemeliharaan Harimau Malaya.

(1) Pengumuman penting : @KBSMalaysia dan @FAM_Malaysia ganding bahu membantu konservasi harimau Malaya melalui kutipan jualan tiket (RM1.00 daripada setiap tiket perlawanan Pasukan Kebangsaan yang terjual). pic.twitter.com/p56sbAuB4h

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 23, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Kementerian Belia dan Sukan #harimau Malaya #bola sepak #kutipan jualan tiket