Harimau Malaysia jatuh ranking ke kedudukan 174 senarai FIFA

Astro Arena
April 8, 2016 02:41 MYT
Inilah ranking terbaru skuad negara berbanding kedudukan ke-166 bulan lalu.
Bola sepak Malaysia menerima satu lagi tamparan hebat apabila kini menghuni ranking ke-174 dalam senarai FIFA.
Kedudukan tersebut merupakan terburuk dalam sejarah bola sepak negara selepas menghuni tangga ke 171 pada Januari dan Februari lalu.
Skuad negara hilang lapan anak tangga berbanding kedudukan ke-166 bulan lalu.
Keputusan itu turut melihat Malaysia kini merupakan pasukan keenam terbaik Asia Tenggara di belakang Filipina (116), Thailand (119), Vietnam (144), Singapura (148), Myanmar (166).
Sementara itu, ranking pertama menjadi milik Argentina yang memintas Belgium.
#bola sepak malaysia #FIFA #Harimau Malaysia #ranking dunia