SUKAN
Harimau Muda gagal layak ke Piala Asia B-23
Skuad bimbingan Nafuzi Zain menutup kempen kelayakan kali ini di tangga ketiga Kumpulan F dengan tiga mata hasil kemenangan 7-0 ke atas Mongolia. - Foto Facebook Malaysia NT
KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara gagal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas tumpas 1-2 kepada Thailand pada aksi terakhir Kelayakan Kumpulan F semalam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Thammasat, Pathum Thani menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan melalui Kakana Khamyok pada minit ke-32.
Bagaimanapun, Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan lapan minit kemudian menerusi Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri, menjadikan keputusan 1-1 pada separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, kedua-dua pasukan dilihat saling menyerang ke arah kubu lawan masing-masing, namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan.
Ketika perlawanan hampir berakhir dengan keputusan seri 1-1, Khamyok muncul wira Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.
Keputusan itu menyaksikan Thailand melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia B-23 tahun depan selepas muncul juara Kumpulan F dengan mengumpul tujuh mata, manakala tempat kedua menjadi milik Lubnan berdasarkan jumlah jaringan.
Skuad bimbingan Nafuzi Zain menutup kempen kelayakan kali ini di tangga ketiga Kumpulan F dengan tiga mata hasil kemenangan 7-0 ke atas Mongolia.
-- BERNAMA