awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar

Harleein kuasai skuasy Terbuka Remaja Amerika Syarikat

Bernama
Bernama
24/12/2021
11:55 MYT
Harleein kuasai skuasy Terbuka Remaja Amerika Syarikat
Harleein Tan (kiri) meneruskan kecemerlangan apabila merangkul juara kejohanan Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS) 2021 di Philadelphia, Pennsylvania, Selasa lepas. - Bernama
KUALA LUMPUR: Bintang skuasy muda Harleein Tan meneruskan kecemerlangan apabila merangkul juara kejohanan Terbuka Remaja Amerika Syarikat (AS) 2021 di Philadelphia, Pennsylvania, Selasa lepas.
Dalam kategori bawah 13 tahun (GU13), Harleein membuktikan penguasaannya dalam perlawanan itu selepas menewaskan pemain Mesir, Maya Mandour 11-6, 8-11, 13-11, 11-6.
Pemain kelahiran Negeri Sembilan itu sebelum ini mencipta sensasi selepas memenangi Terbuka Remaja Britain tahun lepas selain pelbagai kejohanan berprestij termasuk Terbuka Remaja Singapura dua kali dan Terbuka Remaja Hong Kong.
Sementara itu, Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada Harleein atas pencapaian cemerlangnya itu.
“Tahniah dan syabas kerana memenangi Terbuka Remaja AS GU13 2021. Syabas kepada Persatuan Skuasy Negeri Sembilan, ibu bapa dan keluarga Harleein Tan,” menurut hantaran itu.
Topic Berkaitan
#Harleein Tan
#Skuasy
#Amerika Syarikat
#Terbuka Remaja Amerika Syarikat AS 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.