awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harry Kane: Kemenangan ke atas The Saints jadi keutamaan

Astro Arena
Astro Arena
26/12/2017
01:38 MYT
Harry Kane: Kemenangan ke atas The Saints jadi keutamaan
Kane telah menyamai rekod 22 tahun Shearer itu dengan 36 gol selepas meledak hatrik ketika bertemu Burnley mendedahkan keterujaannya untuk memecahkan rekod tersebut. - REUTERS/Fail
PENYERANG Tottenham, Harry Kane, menegaskan kemenangan ke atas Southampton menjadi keutamaan berbanding memintas rekod Alan Shearer.
Kane hanya memerlukan satu gol ke atas The Saints untuk mengatasi Shearer sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tahun calendar.
Kane telah menyamai rekod 22 tahun Shearer itu dengan 36 gol selepas meledak hatrik ketika bertemu Burnley mendedahkan keterujaannya untuk memecahkan rekod tersebut.
Tetapi menegaskan kejayaan pasukan menjadi keutamaannya serta mahu mengejar slot untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL).
"Sebagai seorang penyerang, saya mengetahui perkara ini, hanya satu gol yang diperlukan tetapi saya mengutamakan sasaran pasukan ini terlebih dahulu.
"Bertemu Burnley, semua pihak membincangkan bahawa saya ketinggalan tiga gol. Saya berharap dapat mengulangi prestasi saya dengan meledak satu atau dua gol ketika bertemu Southampton.
Kane telah meledak 93 gol EPL dan bintang England itu mengakui impiannya untuk memintas Shearer sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang zaman.
Shearer mencetak 260 gol ketika bersama Blackburn dan Newcastle, dan Kane kini berada dalam landasan tepat selepas menghasilkan 93 gol dalam tempoh kurang daripada empat tahun.
"Perjalanan saya masih jauh, banyak perkara yang boleh berlaku dalam bola sepak. Saya berharap dapat kekal cergas pada masa akan datang.
"Saya telah mengharungi tahun 2017 dengan baik dan berharap peningkatan dapat dilakukan untuk tahun depan."
Topic Berkaitan
#Alan Shearer
#English Premier League
#EPL
#Harry Kane
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan