awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasrat Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian

Bernama
Bernama
20/07/2025
07:10 MYT
Hasrat Pearly-Thinaah muncul juara Terbuka Jepun 2025 tidak kesampaian
Pearly Tan-M Thinaah tewas kepada pasangan China Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam final Terbuka Jepun. -Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat Pearly Tan-M Thinaah muncul beregu wanita pertama meraih gelaran Terbuka Jepun tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan utama dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China pada aksi final hari ini.

Ringkasan AI
  • Pearly Tan-M Thinaah tewas kepada pasangan China Liu Sheng Shu-Tan Ning dalam final Terbuka Jepun, gagal raih gelaran beregu wanita pertama Malaysia.
  • Pasangan China menang straight set 21-5, 21-14 dalam masa 45 minit, rekodkan kemenangan ke-12 ke atas Pearly-Thinaah.
  • Pearly-Thinaah bawa pulang USD33,250 sebagai naib juara, menyamai pencapaian Wong Pei Tty-Chin Eei Hui pada edisi 2008.

Aksi akhir kejohanan Super 750 berlangsung di Gimnasium Tokyo Metropolitan itu menyaksikan kedua-dua pasangan saling mengejar mata hingga terikat pada kedudukan 6-6.
Bagaimanapun, pilihan utama dari China itu membuktikan kehebatan mereka sekali gus menguasai set pertama dengan kemenangan 21-5.
Set kedua menyaksikan gandingan Sheng Shu-Tan Ning terus garang dengan berada di hadapan 4-0 sebelum menamatkan tempoh 45 minit perlawanan dengan kemenangan 21-14.
Ini merupakan kekalahan ke-12 pasangan negara kepada wakil China itu.
Selaku naib juara Pearly-Thinaah membawa pulang wang kemenangan USD33,250 (RM141,000) manakala juara pula USD70,300 (kira-kira RM298,000).
Gandingan ketiga dunia menyamai pencapaian legenda badminton negara Wong Pei Tty-Chin Eei Hui, yang muncul naib juara dalam edisi 2008.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan
#M Thinaah
#Liu Sheng Shu-Tan Ning
#final Terbuka Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan