Hasrat Zii Jia beraksi di All England 2026 tidak kesampaian

Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia berada di kedudukan ke-16 dalam senarai simpanan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat bekas juara All England 2021, Lee Xii Jia untuk beraksi pada edisi Mac 2026 tidak menjadi kenyataan apabila namanya hanya diletakkan dalam senarai simpanan kejohanan bertaraf Super 1000 itu.
Berdasarkan senarai pemain yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia berada di kedudukan ke-16 dalam senarai simpanan.
Keadaan itu dipercayai berpunca daripada kejatuhan ranking semasa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu, yang kini menghuni tangga ke-103 dunia.
Hanya 32 pemain terbaik dunia layak beraksi dalam saingan All England bertaraf Super 1000 tersebut.
Malaysia hanya memiliki seorang wakil tunggal dalam kategori perseorangan lelaki, iaitu pemain ke-30 dunia Leong Jun Hao.
SUKAN-BADMINTON (ALL ENGLAND) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Sebagai rekod, Zii Jia yang baru membuat kemunculan di Terbuka Malaysia awal bulan ini, bergelut dengan kecederaan sejak mengalami masalah buku lali pada Final Jelajah Dunia Disember 2024, sebelum kembali beraksi di Masters Orleans dan All England pada Mac 2025.
Masalah buku lali yang belum pulih sepenuhnya memaksa Zii Jia berehat sekali lagi sebelum kembali ke gelanggang pada Kejohanan Dunia di Paris, Ogos tahun lepas.
Pada September, beliau beraksi di Terbuka Hong Kong tetapi terpaksa menarik diri pada pusingan pertama China Masters akibat kecederaan belakang. Susulan itu, Zii Jia mengambil keputusan untuk berehat sepenuhnya bagi memberi tumpuan kepada pemulihan.
Pada 6 Jan lepas, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu kembali beraksi selepas berehat selama 111 hari, namun tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas 12-21, 17-21 kepada pemain India, Ayush Shetty.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


