SPORTS

Hazim tumbangkan pesilat Thai untuk muncul juara dunia!

Ian Johan Ariff 16/12/2018 | 08:03 MYT
Hazim (dua dari kanan) muncul juara silat bagi kategori kelas C pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018. - Foto Twitter/MSNMALAYSIA
Mohd Hazim Amzad muncul juara dunia silat bagi kategori kelas C pada Kejohanan Pencak Silat Dunia 2018 di Singapura hari ini (16 Disember 2018).

Hazim menewaskan wakil Thailand, Adilan Chemaeng dengan keputusan 4-1.

Pada Sukan Asia di Indonesia tahun ini, Hazim memperoleh gangsa dalam kelas C 55-60kg.

Anda boleh saksikan kejayaan Hazim di saluran rasmi Sport Singapore:



Sementara itu, di Arena 2, pesilat wanita negara Nor Farah Mazlan membawa pulang perak selepas kalah kepada wakil Indonesia, Suci Wulandari dengan keputusan 3-2.

#Adilan Chemaeng #Kejohanan Pencak Silat Dunia #Mohd Hazim Amzad #pencak silat #Thailand