awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hebat! Messi ledak lima gol, bantu Argentina kekal kebal

Astro Arena
Astro Arena
06/06/2022
09:30 MYT
Hebat! Messi ledak lima gol, bantu Argentina kekal kebal
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu ternyata garang apabila meledak lima gol sewaktu perlawanan persahabatan Argentina menentang Estonia. - Stadium Astro
LIONEL MESSI meledak kelima-lima gol ketika Argentina mencatat 33 perlawanan tanpa kalah dengan membenam Estonia 5-0 dalam perlawanan persahabatan awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Lionel Scaloni itu mencipta rekod kebangsaan baharu selepas mengharungi 32 perlawanan tanpa kalah dengan kemenangan 3-0 ke atas Itali di pentas Finalissima, Khamis lalu, dan tidak pernah kelihatan gagal untuk melanjutkan rekod berkenaan –- paling lama masih bertahan di peringkat antarabangsa ketika ini -– sempena berdepan pasukan kerdil Eropah tersebut.
Messi memecah kebuntuan dengan sepakan penalti dan menggandakan jaringannya dengan rembatan kaki kirinya sebelum memasuki bilik persalinan.
Dia melengkapkan hatriknya dengan tampanan kemas pada awal babak kedua sebelum menokok dua gol lagi.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menggelecek penjaga gol, Matvei Igonen, sebelum melakukan penyudah kaki kanan selain memanfaatkan situasi kelam-kabut di depan gawang untuk melengkapkan gol kelimanya dalam 20 minit terakhir pertemuan di Estadio El Sadar di Pamplona, Sepanyol itu.
#SelecciónMayor #Amistoso ¡Ganó Argentina! Noche increíble para Lionel Messi que anotó los cinco goles del encuentro. @Argentina 5 #Estonia 0 pic.twitter.com/yosttnp8o1
— Selección Argentina (@Argentina) June 5, 2022
*Artikel asal disiarkan di Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Argentina
#estonia
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan