SPORTS
Hector Bidoglio ucap selamat tinggal kepada JDT
Bidoglio berjaya membawa JDT memenangi dua gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia, dan satu Piala Sumbangsih. - Stadium Astro
KELAB Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasmi tidak lagi bersama jurulatih, Hector Bidoglio.
Ringkasan AI
Menerusi media sosial Johor Southern Tigers, pihak kelab mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan Hector Bidoglio sepanjang bersama JDT sejak 2022 lagi.
“JDT mengucapkan terima kasih kepada Hector Bidoglio atas komitmen tidak berbelah bahagi dan khidmat yang diberikan kepada kelab sejak menjadi sebahagian daripada keluarga JDT pada 2022.”
Untuk rekod, Bidoglio tiba di JDT selaku ketua jurulatih pada musim 2022 sebelum memegang peranan Pengarah Teknikal setahun kemudian dan kembali membimbing pasukan ketika musim 2024-2025.
Antara kejayaan yang dimenangi oleh Bidoglio bersama JDT adalah dua gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia dan satu Piala Sumbangsih selain kekal tanpa tewas dalam semua pertandingan domestik. -- Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Ringkasan AI
- Perpisahan Hector Bidoglio dan JDT: Kelab Johor Darul Tazim (JDT) secara rasmi berpisah dengan jurulatih Hector Bidoglio, yang telah bersama kelab sejak 2022.
- Perjalanan Bidoglio bersama JDT: Beliau mula sebagai ketua jurulatih pada musim 2022, kemudian beralih ke peranan Pengarah Teknikal sebelum kembali membimbing pasukan dalam musim 2024-2025.
- Pencapaian bersama JDT: Bidoglio berjaya membawa JDT memenangi dua gelaran Liga Super Malaysia, dua Piala FA, dua Piala Malaysia, dan satu Piala Sumbangsih, serta memastikan kelab kekal tanpa kalah dalam semua pertandingan domestik.