awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli

Sinar Harian
Sinar Harian
17/03/2023
23:12 MYT
Hentikan naratif negeri dianaktirikan - Adam Adli
ADAM ADLI: Naratif negeri dianaktirikan dan seumpamanya ini sudah boleh dihentikan, tak jujur langsung. - Gambar fail
SHAH ALAM: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim meminta supaya naratif Kelantan dianaktirikan berhubung hak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dihentikan.
Dalam satu hantaran di Facebooknya, beliau menjelaskan keputusan penggiliran dibuat bersama dan bukan baru sehari dua bincang.
"Mesyuarat bersama exco-exco Negeri dalam bulan pertama lagi sudah dibincangkan.
"Sukma pun nak dipolitikkan. Naratif negeri dianaktirikan dan seumpamanya ini boleh dah dihentikan. Tak jujur langsung," katanya pada Jumaat.
Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed mengenai isu penganjuran Sukma.
Hannah menerusi ciapan Twitternya berkata, pejabatnya telah membuat laporan itu susulan dakwaan Mohamad Kamal bahawa beliau telah menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah temasya berkenaan.
Katanya lagi, dakwaan itu adalah satu fitnah kerana Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat telah bersetuju untuk negeri itu menganjurkan edisi 2028, yang memberikan masa tambahan bagi membuat persediaan dan pembinaan fasiliti sukan di Kelantan.
Pada Khamis, sebuah media tempatan melaporkan bahawa Mohamad Kamal mendakwa Hannah menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk menafikan hak Kelantan menganjurkan Sukma 2024. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Adam Adli
#Hannah Yeoh
#Sukma 2024
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan