SPORTS

'Here We Go' - Dean Huijsen milik Madrid, Fabrizio Romano sahkan

Muhamad Syazwan 16/05/2025 | 22:25 MYT
Huijsen, yang dilahirkan di Amsterdam dan mewakili Sepanyol di peringkat antarabangsa remaja, tampil cemerlang dalam musim sulungnya bersama Bournemouth. - Foto X Fabrizio Romano
REAL Madrid kini sah memperoleh khidmat pertahanan tengah Bournemouth, Dean Huijsen, selepas bersetuju mengaktifkan klausa pelepasannya yang bernilai £50 juta.
Perpindahan ini bakal disempurnakan dalam jendela perpindahan musim panas dengan pemain berusia 20 tahun itu dijangka menandatangani kontrak jangka panjang selama lima tahun di Santiago Bernabéu.
Menurut wartawan tersohor Fabrizio Romano, perjanjian telah dimeterai sepenuhnya dengan bayaran dilakukan secara berperingkat dalam tempoh 18 bulan.
"Real Madrid have officially triggered the release clause of Dean Huijsen – here we go confirmed," tulis Romano di platform X, sekali gus mengesahkan spekulasi perpindahan yang telah lama diperkatakan.
Huijsen, yang dilahirkan di Amsterdam dan mewakili Sepanyol di peringkat antarabangsa remaja, tampil cemerlang dalam musim sulungnya bersama Bournemouth.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau mencatat 30 penampilan dalam Liga Perdana Inggeris dan menjadi tunjang utama di barisan pertahanan skuad kendalian Andoni Iraola.
Dengan ketinggian 1.95 meter dan kebolehan mengawal bola serta membina serangan dari bawah, Huijsen dilihat sebagai profil ideal untuk projek bola sepak moden yang bakal dibawa masuk oleh pengendali baharu Real Madrid, Xabi Alonso.
Pemain muda itu turut menarik minat daripada beberapa kelab elit Eropah seperti Liverpool, Chelsea, Manchester United, Arsenal dan Bayern Munich.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perpindahan ini juga dilihat sebagai langkah strategik Real Madrid dalam memperkukuh bahagian pertahanan yang terjejas akibat kecederaan jangka panjang Éder Militão dan David Alaba.
Kehadiran Huijsen dijangka memberi nafas baharu kepada barisan pertahanan, serta menambah persaingan sihat dalam pasukan.
Beliau dijangka menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat dan akan menyertai skuad Real Madrid dalam jelajah pra-musim, sebagai persediaan menghadapi musim baharu di bawah era kepimpinan Alonso.
#Real Madrid #Dean Huijsen #jendela perpindahan #Fabrizio Romano