Herrera terima panggilan sulung skuad senior Sepanyol

Astro Arena
Oktober 4, 2016 01:07 MYT
Selepas menghabiskan beberapa minggu pertama di bangku simpanan, Ander Herrera diberi kepercayaan dalam pasukan kesebelasan utama United di bawah kendalian Jose Mourinho. Foto AFP / Fail
ANDER Herrera berpeluang untuk membuat penampilan antabarangsanya yang pertama setelah tersenarai dalam skuad kebangsaan Sepanyol untuk aksi kelayakan Piala Dunia yang akan datang.
Pemain tengah Manchester United itu pernah memperkuatkan pasukan bawah 21 dan 23 tahun Sepanyol, tetapi belum pernah dipanggil untuk pasukan senior.
Namun, Herrera menerima panggilan tersebut susulan prestasi memberansangkan dalam Liga Perdana Inggeris untuk meraih kepercayaan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui, untuk menyenaraikannya menjelang aksi menentang Itali dan Albania.
Selepas menghabiskan beberapa minggu pertama di bangku simpanan, Herrera diberi kepercayaan dalam pasukan kesebelasan utama United di bawah kendalian Jose Mourinho, di mana dia telah menjalin kerjasama yang memberansangkan bersama Paul Pogba.
#Ander Herrera #Piala Dunia #skuad kebangsaan Sepanyol