SPORTS

Herve Renard sah pikul amanat pasukan wanita Perancis

Astro Arena 31/03/2023 | 02:45 MYT
Renard (gambar) sebelum ini disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi Diacre dan pelantikannya dimuktamadkan malam tadi. - Foto REUTERS
HERVE Renard sah dilantik sebagai ketua jurulatih baru skuad wanita Perancis selepas pemberontakan pemain membayangi pemecatan Corinne Diacre.

Renard meletak jawatan di Arab Saudi awal minggu ini selepas membantu mengejutkan Argentina 2-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia di Qatar tahun lalu.

Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) memecat Diacre pada awal bulan ini selepas beberapa pemain utama Les Bleues enggan bermain di bawah kendaliannya selain mengkritik gaya pengurusan dan layanannya terhadap skuad itu.

Renard segera disebut-sebut sebagai pengganti berpotensi dan pelantikan jurulatih berusia 54 tahun itu dimuktamadkan malam tadi.

Kontraknya akan bertahan hingga Ogos 2024 yang menyaksikan bakal memacu pasukan itu dalam Piala Dunia di Australia dan New Zealand serta Sukan Olimpik ketika bertindak sebagai tuan rumah di Paris, tahun depan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



#Herve Renard #bola sepak wanita Perancis #ketua jurulatih #Corinne Diacre