SUKAN
Heung-min Son sah sertai LAFC: Perjanjian verbal dimeterai, perpindahan ke MLS hampir lengkap
Son menjadi tunjang utama Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015. Sepanjang 10 musim di Liga Perdana Inggeris, beliau telah mencatatkan lebih 150 gol, menjadi kapten pasukan Korea Selatan serta ikon bola sepak Asia. - Reuters
BINTANG Korea Selatan dan kapten Tottenham Hotspur, Heung-min Son, kini selangkah lagi untuk menyertai kelab Major League Soccer (MLS), Los Angeles FC (LAFC), selepas semua pihak mencapai persetujuan secara verbal.
Perkembangan ini disahkan oleh pakar perpindahan terkenal, Fabrizio Romano, yang menulis di platform X:
“Heung-min Son to LAFC, here we go! Verbal agreement in place between all parties.”
Beliau turut mendedahkan bahawa Tottenham bakal menerima bayaran perpindahan melebihi 15 juta euro (sekitar RM77 juta).
Pemain berusia 33 tahun itu tidak kembali ke United Kingdom bersama skuad Spurs selepas jelajah pramusim mereka, kerana sedang menunggu urusan dokumentasi perpindahan ke LAFC dimuktamadkan. Sumber dalaman kelab mengesahkan bahawa proses kini berada di fasa akhir sebelum diumumkan secara rasmi.
Son, telah menjadi tunjang utama Spurs sejak menyertai kelab itu dari Bayer Leverkusen pada 2015. Sepanjang 10 musim di Liga Perdana Inggeris, beliau telah mencatatkan lebih 150 gol dan menjadi kapten pasukan Korea Selatan serta ikon bola sepak Asia.
Perpindahan ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah MLS, bukan sahaja dari segi nilai, malah dari segi impak global, memandangkan status Son sebagai ikon bola sepak Asia dan antara pemain paling berjaya yang pernah lahir dari benua itu.
Dengan ketibaan Son, LAFC dijangka memperkukuh lagi status mereka sebagai kuasa utama dalam liga, sambil membuka potensi pasaran baharu di Asia dan menarik lebih ramai penyokong antarabangsa ke arena bola sepak Amerika Utara.
Pengumuman rasmi dijangka dibuat dalam masa terdekat, sebaik segala dokumen berkaitan ditandatangani oleh semua pihak.