SUKAN
Hocker juarai 5,000m lelaki di Kejohanan Dunia Tokyo
Cole Hocker meraikan di podium selepas memenangi pingat emas bagi acara 5,000 meter lelaki pada Kejohanan Olahraga Dunia di Stadium Nasional Jepun, Tokyo, 21 Sept 2025. REUTERS
TOKYO: Pelari Amerika Syarikat Cole Hocker muncul juara acara 5,000 meter lelaki di Kejohanan Olahraga Dunia pada Ahad, lapor Xinhua.
Atlet berusia 24 tahun itu, pemenang pingat emas 1,500m di Sukan Olimpik Paris 2024, mencatat masa 12 minit 58.30 saat untuk meraih gelaran juara pertamanya di pentas kejohanan dunia.
Hocker yang sebelum ini dibatalkan penyertaannya dalam final 1,500m, berkata beliau tetap yakin menghadapi saingan kali ini.
"Saya melihat ramai pelari di depan tetapi saya cukup kuat cukup untuk memintas mereka satu persatu," katanya.
"Saya rasa saya berlari dengan sempurna hari ini. Acara 5,000m adalah cabaran yang sangat berbeza.
Setiap kali saya berlari 5,000m, saya didorong keluar daripada zon selesa. Acara 1,500m tetap kepakaran saya tetapi untuk kejohanan dunia akan datang saya mahu berlumba 5,000m sekali lagi. Matlamat saya ialah menang kedua-duanya, namun saya berpuas hati dengan satu," katanya.
Pelari Belgium, Isaac Kimeli, menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 12:58.78 manakala Jimmy Gressier dari Perancis meraih gangsa dengan 12:59.33, menambah koleksi selepas menjuarai acara 10,000m.
"Saya sangat gembira dapat membawa pulang pingat kedua untuk Perancis," kata Gressier.
"Saya mahu menang emas berganda tetapi saya tetap berbangga. Saya menutup musim ini dengan emas di Liga Berlian Zurich, satu emas lagi dan tempat ketiga di sini bagi acara 5,000m.
Musim saya benar-benar berjaya. Kini saya semakin hampir dengan idola saya Zinedine Zidane, walaupun masih dalam bidang olahraga dan bukan bola sepak," katanya lagi.
-- BERNAMA