SUKAN

Hodak belum putus pengganti Nwaneri

Astro Awani 03/11/2013 | 06:59 MYT
Meskipun berbaki sehari pengendali Kelantan, Bojan Hodak masih belum memutuskan siapa pengganti Obina Nwaneri selaku bek tengah berdepan Pahang.

Nwaneri menjalani hukuman pergantungan satu perlawanan selepas mengutip kad kuning kedua berdepan ATM pada aksi separuh akhir kedua.

Rizal Fahmi Rosid, Farisham Ismail dan Zairul Fitri Ishak kini antara calon yang sedang dicanang Hodak.

Hodak turut bersikap waspada dengan ancaman Pahang pada aksi final kali ini kerana lawan pasti memberi kesukaran buat Kelantan mempertahankan kejuaraan.

Bagi Hodak barisan benteng perlu waspada ancaman tonggak serangan Pahang, Mathias Conti dan pemain sayap kebangsaan, Azamuddin Akil.
#ATM #Bojan Hodak #Farisham Ismail #Kelantan #Rizal Fahmi Rosid #Zairul Fitri Ishak