[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
SPORTS

Hoki: Al-Nasr masih belum lunas gaji Faizal Saari

Astro Arena 02/03/2025 | 10:31 MYT
Al-Nasr, kelab hoki yang berpangkalan di Oman, telah mengambil khidmat Faizal bagi menghadapi saingan liga di sana. - Foto Bernama
BEKAS pemain hoki negara, Faizal Saari, mendedahkan gaji ketika berkhidmat bersama kelab hoki Oman, Al-Nasr belum dilunaskan kelab itu.
"Tiada duit jangan panggil import seperti saya dan Jang Jong-hyun (pemain hoki Korea Selatan).
"Pasukan Hoki Al-Nasr di Oman tolong lunaskan bayaran kami, perkara ini sudah berlarutan selama empat bulan dan ia amat memalukan," tulisnya di laman Facebook.
Al-Nasr adalah kelab hoki yang berpangkalan di Oman, telah mengambil khidmat Faizal bagi menghadapi saingan liga di sana.
Stadium Astro ketika ini masih lagi berusaha untuk menghubungi pihak kelab bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut. -- Stadium Astro
#Faizal Saari #Pemain Hoki Negara #gaji belum dilunaskan #Al-Nasr