KUALA LUMPUR: Skuad hoki wanita negara menamatkan kempen Hoki Dalam Dewan Piala Asia 2024 di tempat ketiga selepas menewaskan Indonesia 4-0 pada perlawanan penentuan kedudukan di Chonburi, Thailand, hari ini.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad negara yang dibimbing Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Tonggak pertahanan, Fazilla Sylvester Silin menjadi watak penting skuad negara apabila menjaringkan gol pembukaan seawal minit ketiga menerusi gol padang sebelum menghasilkan kedua peribadi pada minit ke-26 manakala Ellya Syahirah Ellias memanfaatkan pukulan sudut penalti minit ke-13.
Pemain pertahanan Juliani Mohamad Din melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menyempurnakan penalti strok pada minit ke-34.
Dalam pada itu ketua jurulatih Mohd Rodzhanizam bersyukur anak buahnya mempamerkan semangat memadam kehampaan tumpas tipis 1-2 di tangan tuan rumah pada aksi separuh akhir semalam untuk mengalahkan Indonesia, selaku naib juara edisi 2022.
Malaysia membuka tirai saingan Kumpulan A dengan membelasah Vietnam 25-0 dan Oman 12-1 pada Isnin sebelum tewas 1-5 kepada Kazakhstan dan mengesahkan slot ke separuh akhir dengan menumpaskan Iran 4-2, pada Selasa.
Malaysia pernah menjulang Piala Asia sekali selepas menewaskan Kazakhstan 2-1 ketika menjadi tuan rumah edisi sulung pada 2009 di Ipoh, Perak..
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022. - Foto: Facebook Malaysian Hockey Federation
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Piala Asia: Malaysia mara ke final, tempah slot ke Piala Dunia 2025
Keputusan itu menyaksikan Malaysia memperoleh lima mata keseluruhan dan menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang Iran.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
Skuad hoki dalam dewan wanita kejutkan Switzerland 3-1
Skuad wanita negara menewaskan Switzerland 3-1 pada aksi keempat saingan liga sepusingan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa Piala Tuanku Zara 2023.
Tak mahu lagi 'tangkap muat', KHM mahu cari pemain tetap skuad hoki dalam dewan
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) merancang memiliki pemain secara tetap bagi skuad hoki dalam dewan lelaki dan wanita pada masa depan.
Malaysia bakal kehilangan 14 pingat emas di Vietnam
Mesyuarat Majlis Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) meluluskan rayuan jujitsu, triathlon, e-sukan dan boling tenpin untuk menjadikan jumlah keseluruhan 40 jenis sukan.