awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: KHM yakin Terry Walsh akan beri perubahan

Astro Arena
Astro Arena
15/08/2015
13:32 MYT
Hoki: KHM yakin Terry Walsh akan beri perubahan
KHM percaya pengetahuan yang dimiliki oleh Terry Walsh akan memberikan impak dalam meningkatkan lagi kualiti hoki Malaysia.
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) anggap perlantikan Terry Walsh selaku pengarah teknikal mampu bawa perubahan besar dari segi pencapaian setelah menemui kegagalan dalam memburu tempat ke Olimpik Rio, Brazil tahun depan.
Dengan berbekalkan kontrak selama dua tahun bersama dengan dua tahun kontrak lanjutan, KHM mengharapkan ada perubahan yang mampu diberikan oleh Walsh.
Bagi presiden KHM Datuk Seri Subahan Kamal, kredibiliti yang dibawa Walsh tidak perlu dinafikan lagi dan aura itu diharap mampu bawa perubahan terutama membabitkan skuad negara.
Pengumuman ini dibuat selepas mesyuarat eksekutif KHM kali ketiga di Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
"Kami benar-benar percaya pengetahuan yang dimiliki oleh Terry akan memberikan impak dalam meningkatkan lagi kualiti hoki Malaysia.
"Bagaimanapun agenda bagi pengendali skuad negara masih dalam perbincangan dan akan diumumkan dalam tempoh dua minggu daripada sekarang," kata Subahan.
KHM turut mengumumkan sambungan penajaan yang berjumlah RM1.5 juta untuk tempoh tahun daripada syarikat Q-Net.
Topic Berkaitan
#KHM
#Konfederasi Hoki Malaysia
#Subahan Kamal
#Terry Walsh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan