awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki: Malaysia gagal ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2016

Bernama
Bernama
12/12/2016
15:11 MYT
Hoki: Malaysia gagal ke suku akhir Piala Dunia Remaja 2016
Hasrat skuad negara untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik pada Piala Dunia Remaja 2016 musnah setelah tewas 0-3 kepada Belgium. - Gambar hiasan
Hasrat skuad negara untuk berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik pada Piala Dunia Remaja 2016 musnah setelah tewas 0-3 kepada Belgium di Lucknow, India, hari ini.
Pada perlawanan terakhir Kumpulan B di Stadium Hoki Major Dhyan Chand, Belgium yang mengekalkan rekod tanpa kalah, meledakkan gol pertama menerusi jaringan padang seawal minit ke-10 menerusi Gregory Stockbroekx.
Skuad negara memperoleh peluang menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-19, namun Muhammad Najmi Farizal Jazlan mensia-siakan peluang.
Sebaliknya, pasukan lawan terus menguasai perlawanan sehingga Vuentin Van Lierde menambah tekanan buat skuad bimbingan Wallace Tan dengan jaringan kedua pada minit ke-33 menerusi gol padang.
Babak kedua perlawanan menyaksikan Belgium terus menguasai perlawanan dengan hantaran kemas dan hasilnya mereka memperoleh gol ketiga melalui pukulan penalti Thomas Verheijen pada minit ke-55.
Selepas ini, skuad negara akan beraksi bagi kedudukan kesembilan hingga 11 pada kejohanan itu.
Dalam pada itu, Belanda muncul dua pasukan terbaik dan akan meneruskan saingan di suku akhir selepas mengalahkan Mesir 7-0 dalam satu lagi perlawanan terakhir Kumpulan B.
Untuk rekod, Malaysia menduduki tempat keempat selepas tewas kepada Belanda 2-7 pada 2013. Skuad negara turut berada di kedudukan yang sama dalam tiga penyertaan pada 1979, 1982 dan 1985.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Belgium
#hoki
#Muhammad Najmi Farizal Jazlan
#Piala Dunia Remaja 2016
#Stadium Hoki Major Dhyan Chand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan