SUKAN

Hoki: Malaysia kalahkan Afrika Selatan

Bernama 30/11/2012 | 01:51 MYT
Skuad hoki negara menempah tempat ke separuh akhir kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 di Quilmes, Argentina dengan mengalahkan Afrika Selatan 4-1 pada Khamis.

Malaysia mendahului seawal minit ketiga menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin, demikian menurut laman web kejohanan www.fih.ch.

Anak buah Paul Revington seterusnya melakukan jaringan kedua di minit ke-58 menerusi Faizal Saari.

Sementara Tengku Tajudin Abdul Jalil membuat jaringan ketiga di minit ke-56.

Seminit kemudian, Mohd Faizal sekali lagi membuat jaringan untuk Malaysia mendahului 4-0
#Afrika Selatan #Argentina #hoki #Juara-Juara #Paul Revington