awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Tiris bongkar ketirisan, rampasan cecah RM179 juta
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hoki Piala Asia 2025: Sarjit tuntut kecergasan Speedy Tigers di pusingan Super Four

Bernama
Bernama
31/08/2025
06:45 MYT
Hoki Piala Asia 2025: Sarjit tuntut kecergasan Speedy Tigers di pusingan Super Four
Sarjit berharap skuad negara kekal bebas daripada sebarang kecederaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan Sarjit Singh berharap barisan pemainnya dapat mengharungi pusingan Super Four Kejohanan Piala Asia 2025 di Bihar, India dalam keadaan bebas kecederaan.

Ringkasan AI
  • Skuad hoki lelaki negara layak awal ke pusingan Super Four Piala Asia 2025 selepas menewaskan Bangladesh (4-1) dan Korea Selatan (4-1) dalam Kumpulan B.
  • Jurulatih Sarjit Singh berharap pasukan kekal bebas kecederaan kerana perlu bermain empat perlawanan dalam tempoh lima hari di peringkat Super Four.
  • Dua pasukan teratas Super Four akan mara ke final yang dijadual berlangsung pada 7 September di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar, India.

Semalam, skuad Speedy Tigers mengesahkan slot lebih awal ke pusingan itu selepas mencatat kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B, meskipun masih berbaki satu aksi pelengkap menentang Taiwan yang dijadual berlangsung esok.
"Dalam Super Four ini saingan pasti lebih sengit kerana dalam tempoh lima hari, skuad perlu mengharungi empat perlawanan.
"Harapan saya adalah supaya kita kekal bebas daripada sebarang kecederaan," katanya menerusi video dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Terdahulu, skuad hoki lelaki kebangsaan memulakan kempen Kumpulan B Piala Asia 2025 dengan bergaya apabila bangkit daripada ketinggalan untuk membelasah Bangladesh 4-1, sebelum meneruskan rentak cemerlang menundukkan Korea Selatan 4-1 pada aksi kedua di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar.
Mengikut format kejohanan, hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke kelompok Super Four dan dua pasukan teratas peringkat Super Four akan merebut kejuaraan di pentas final pada 7 Sept.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hoki Piala Asia 2025
#Sarjit Singh
#Konfederasi Hoki Malaysia
#pusingan Super Four
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan